Rupanya ini sebab ada titik merah dan kuning pada tayar kereta, ini maksudnya

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Rupanya ini sebab ada titik merah dan kuning pada tayar kereta, ini maksudnya

Jika anda melihat tayar baharu, anda mesti perasan sesuatu, iaitu kesan bintik berwarna pada bahagian sisi tayar.

Percaya atau tidak, ramai yang tidak tahu maksud sebenar titik berwarna ini, termasuk penulis sendiri.

Rupanya ini sebab ada titik merah dan kuning pada tayar kereta, ini maksudnya

Untuk makluman, kebanyakan tayar baharu akan memiliki tanda bintik berwarna merah atau kuning pada sisinya. Tanda ini merupakan panduan bagi menjajarkan (alignment) tayar berkenaan selari dengan point-point tertentu.

Pejajaran ini penting untuk menentukan keseimbangan (balancing) tayar ketika roda dipasang. Apabila titik pada tayar dijajarkan pada point-point tertentu, hanya sedikit pemberat yang diperlukan untuk mencapai keseimbangan.

Ia juga dapat mengurangkan kos yang diperlukan untuk menjajar dan menyeimbangkan tayar tersebut.

Berikut merupakan makna disebalik tanda-tanda pada tayar baharu:

1. Bintik berwarna kuning

Ketika tayar mula dihasilkan, hampir tiada satu pun yang berjaya dihasilkan secara sempurna dari segi keseimbangan. Kebanyakan pembuat tayar akan meletakkan bintik berwarna kuning pada seksyen tayar yang memiliki berat paling kurang.

Oleh itu, para mekanik pula perlu menjajarkan bintik kuning ini dengan lokasi batang injap (valve stem), yang mana bahagian tersebut merupakan bahagian paling berat pada rim kenderaan anda.

Dengan menjajarkan bahagian paling ringan pada tayar dengan bahagian paling berat pada roda, keseimbangan antara tayar dan roda dapat dicapai pada tahap seoptimal yang mungkin.

Mekanik juga tidak memerlukan banyak pemberat untuk melakukan penjajaran ini. Selain itu, semakin kurang penggunaan pemberat, perjalanan menjadi semakin senyap dan selesa.

Ini juga dapat menjaga jangka hayat tayar dan apat memberikan penjimatan ketara buat pengguna.

bintik berwarna kuning merah tayarKedit: Top Gear Philippines
2. Bintik berwarna merah
Berbeza dengan bintik berwarna kuning, bintik berwarna merah pula melambangkan titik paling tinggi pada tayar tersebut.

Kebanyakan rim kereta juga memiliki tanda ini, sama ada ditanda pelekat atau ditebuk dengan lubang, sebagai tanda titik terendah pada rim.

Jika tayar dan rim anda memiliki kedua-dua penanda ini, anda seharusnya menjajarkan penanda merah dengan penanda pada rim kereta anda.

Dengan melakukan sedmikian, anda dapat mengurangkan getaran yang dicetuskan titik paling tinggi tayar. Pengurangan getaran merupakan satu perkara yang baik dan dapat menjimatkan wang anda.

Bintik berwarna merah mengatasi warna kuning

Jika tayar anda memiliki kedua-dua tanda, apa yang harus dilakukan? Bagi kes ini, bintik berwarna merah ‘lebih berkuasa’ berbanding bintik berwarna kuning.

Anda juga perlu menjajarkan bintik merah tersebut dengan bahagian batang injap pada rim anda. Mengurangkan getaran yang dihasilkan pada bahagian terberat tayar adalah lebih utama dalam pemasangannya pada kereta anda.

BACA: ‘Kenapa tak mansuh sistem kuota Bumiputera?’ Pelajar Matrik beri soalan panas, sekali ini jawapan padu PM