Pekan Munduk musnah gara-gara letupan gudang mercun, Mek Lin akhirnya serah diri

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pekan Munduk musnah gara-gara letupan gudang mercun, Mek Lin akhirnya serah diri

Sepasang suami isteri warga Thailand yang juga pemilik gudang mercun dan bunga api meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri semalam.

Ketua Polis Narathiwat, Anuruth Imarb berkata, pasangan berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada polis Malaysia semalam,

Pekan Munduk musnah gara-gara letupan gudang mercun, Mek Lin akhirnya serah diri

sebelum diserahkan kepada polis Thailand di Sadao pada 1.30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9 malam untuk disoal siasat.

“Mereka berdepan empat pertuduhan, termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubah suai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang-undang darurat di Selatan Thailand,” katanya dalam sidang media di sini.

Polis Thailand sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua individu itu dan memohon bantuan polis Malaysia untuk mengesan pasangan yang melarikan diri itu.

Sebelas maut dan 300 lagi cedera dalam letupan gudang mercun itu pada 29 Julai lalu.

Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis, termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah serta mengalami kerosakan dalam letupan 3.05 petang (waktu tempatan).

Sebanyak 41 kenderaan dan 27 motosikal turut musnah, manakala lebih 3,000 penduduk terjejas.

BACA: Google nak derma RM500,000 kepada penerima bertuah yang berada di negara Asia, ini syaratnya