Kerana rindukan arwah kekasih, wanita dedah buat ritual bogel waktu malam seru roh kekasih

Oleh AHMAD SULAIMAN

Kerana rindukan arwah kekasih, wanita dedah buat ritual bogel waktu malam seru roh kekasih

Gara-gara mahu mengubat rindu terhadap kekasihnya yang telah meninggal dunia,

seorang wanita mendedahkan sanggup membuat ritual pelik.

Kerana rindukan arwah kekasih, wanita dedah buat ritual bogel waktu malam seru roh kekasih

Menerusi video podcast pempengaruh Bros Gang TV di Youtube, wanita itu berkata dia tidak berfikir tentang perkara lain kerana terlalu ingin berjumpa dengan arwah.

Katanya, dia telah mendapatkan khidmat dukun dan menuruti segala perintah serta langkah yang perlu dilakukan untuk bertemu bekas kekasihnya.

Selepas berjumpa dukun, dia diberikan bungkusan yang diikat kain berwarna kuning serta diarahkan untuk meletakkannya di dalam bilik tanpa memberitahu sesiapa.

Katanya, kain itu tertulis mantera bahasa Jawa dan lebih dahsyat lagi, wanita tersebut akui mengikut arahan dukun itu yang meminta dia melakukan ritual dalam keadaan bogel.

@brosgangtv Antara sharing interview paling pelik yang pernah kami borak dengan tetamu. Tetamu ini kongsikan mcm mana dia lakukan ritual untuk bersama dengan arwah pasangannya..#fyp #kisahbenar #foryourpage #tiktokmalaysia #podcast #bgtv #brosgangtv ♬ original sound – BROSGANGTV

Dia suruh buat ritual dalam pukul 9 ke 10 malam ke atas. Tak boleh pagi, tengah hari atau petang. Saya kena baca mantera tu dan kena duduk dalam keadaan berbogel.”

Meskipun video tersebut meraih perhatian ramai namun, cerita itu tergantung kerana tidak dinyatakan sama ada wanita berkenaan dapat berjumpa dengan roh teman lelakinya.

BACA: Ramai belum tahu rupanya, ini sebab kenapa Hospital haramkan kanak-kanak bawah 12 tahun melawat pesakit di Hospital