Bukan kaleng-kaleng, rupanya ini maksud nama ‘Nik’ yang ramai tak tahu
Umum tahu mengenai gelaran Syed, Sharifah yang berdasarkan keturunan — namun ramai tidak tahu mengenai gelaran Nik.
Gelaran Nik sering digunakan dalam kalangan rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam.
Menurut artikel blogger Nick Nashram — Nik merupakan awal nama keluarga yang terkenal di sebelah pantai timur dan terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama ini.
1) Berdasarkan info yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan — keturunan Nik ada dua jenis iaitu :
– yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala
– dikira keturunan bangsawan atau pembesar
2) Keduanya, keturunan Nik asli — maknanya nama yang bermula dengan Nik ini berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah.
Tapi hati-hati, keturunan Syed juga terbahagi kepada dua iaitu yang berasal dari nasab Rasullulah SAW atau yang sudah tidak asli seperti kaum India yang lahir pada hari Jumaat.
Biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian keturunan mereka.
BACA: Larian ke joging? Atlet Somalia catat masa paling lambat larian 100m, rupanya jadi atlet guna kabel