Larian ke joging? Atlet Somalia catat masa paling lambat larian 100m, rupanya jadi atlet guna kabel
Menteri Belia dan Sukan Somalia, Barre Momahmud baru-baru ini membuat permohonan maaf atas insiden yang berlaku
Pada Sukan Universiti Dunia di China yang melibatkan salah seorang atlet wanita negara berkenaan.
Menurut video yang tular berkenaan, Nasra Abukar Ali, 20 tahun telah menarik perhatian ramai semasa menyertai acara larian 100 meter pada kejohanan tersebut.
Larian ‘paling perlahan’ dalam acara 100 meter tersebut telah membuatkan Nasra menjadi tumpuan kerana dia menamatkan acara tersebut melebihi 20 saat, 10 saat di belakang peserta lain sambil berlari ‘girang’ merentasi garisan penamat.
Menurut laporan, Mohamud yang membuat permohonan maaf atas penyertaan Nasra tersebut juga mendedahkan pengerusi persekutuan olahraga negara Khadija Aden Dahir telah menggunakan hubungannya untuk mendapatkan Nasra Abukar, saudaranya, ke Sukan Universiti Dunia berkenaan.
@news.com.au Nepo baby what? 🏃♀️ The runner was revealed to be the niece of Somali Athletic’s chairwoman, who was ordered to step down #running #athletesoftiktok #athletics #worlduniversitygames ♬ sonido original – ♫ ♪ 𝒴𝒶𝓃𝒿𝓊𝓁𝓂𝒶𝓇𝓉 ♫ ♪
Lebih mengejutkan, siasatan yang dijalankan bersama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Somalia tersebut mendapati Nasra bukanlah seorang pelari mahupun atlet dan pihak Kesatuan Universiti Somalia pun tidak mengetahui tentang adanya pelari dari negara mereka dihantar untuk mengambil bahagian di China.
Tambah Mohamud lagi, Khadija secara jelas telah menyalahgunakan kuasa, mengamalkan nepotisme dan mencemarkan nama negara di arena sukan antarabangsa.
Berdasarkan hasil siasatan berkenaan, Pengerusi Sukan Olimpik Kebangsaan Somalia digesa untuk memecat Khadijo Aden.
Dalam masa yang sama, kementerian dengan tegas menyatakan hasrat mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia dan individu yang bertanggungjawab atas pemalsuan yang berlaku keatas Persatuan Sukan Universiti Somalia.
BACA: Tular video meruntun hati bila wanita India suap makanan kepada gadis melayu dengan keikhlasan