Ini 12 fakta mudah faham kes kecurian REE di Kedah

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ini 12 fakta mudah faham kes kecurian REE di Kedah. Nadir Bumi atau Rare Earth Element (REE) dicuri dari Bukit Enggang

Berlaku dalam DUN yang diwakili Datuk Seri Mohamed Sanusi Md Nor iaitu Jeneri di tanah milik Perbadanan Menteri Besar (MBI).

REE ialah logam penting dan mahal digunakan untuk hasilkan telefon pintar atau cip komputer dan diperlukan dunia kini.

Ini 12 fakta mudah faham kes kecurian REE di Kedah

Kerja mencuri REE dilakukan oleh pekerja mahir dari negara China yang dibawa masuk oleh MBI dan dimohon melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dianggarkan berbillion ringgit REE milik rakyat Kedah telah dicuri selama 6 bulan iaitu semasa Sanusi menjadi MB.

Tiada lesen perlombongan REE dikeluarkan pihak berkuasa dan hanya lesen eksplorasi (mencari) sahaja yang dikeluarkan.

Kecurian terbongkar apabila berlaku kemalangan lori pencuri mengangkut REE dan 185 guni REE bernilai RM3.5juta pada Oktober 2022. Ini baru satu lori.

Banyak lori pencuri berperangai ala samseng keluar masuk dari Bukit Enggang dan penduduk telah banyak kali membuat laporan polis tapi tiada tindakan oleh Kerajaan Negeri. Pekerja ini ramai tidak boleh berbahasa Melayu.

MBI telah didenda RM500,000 ringgit pada Oktober 2022 disebabkan kecurian REE ini.

Sanusi cuba berlepas tangan dari aktiviti mencuri Nadir Bumi ini walhal dia merupakan Pengerusi MBI. MBI adalah setara dengan batang tubuh Menteri Besar malah MB boleh buat keputusan berkaitan MBI tanpa terikat kepada lembaga penasihat atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

(Rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes MBI Selangor vs Faekah Husin [2021] 4 MLRA 29)

Terdapat 4 sekatan masuk ke tanah MBI dan lori pencuri REE lepasi kesemua 4 sekatan itu untuk seludup REE ke pelabuhan. Kalau tiada komplot, tak mungkin lepas.

52 lelaki ditahan dalam serbuan dibuat pada Febuari 2023 oleh Polis, Jabatan Mineral, Jabatan Hutan, Pejabat Tanah. Peralatan dan Mesin dirampas.

CEO MBI, Pegawai kanan MB dan seorang Pengarah syarikat telah ditahan pada Julai 2023 berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan REE dengan jumlah rasuah didakwa melibatkan RM13juta. Perlombongan secara haram didakwa mendapat perlindungan pihak berkuasa sejak 2020.

#REEforNUSI

Sumber: https://harapandaily.com/12-fakta-kecurian-nadir-bumi-di-kedah-yang-kita-perlu-tahu/

BACA: Macam nak pergi haji tiap hari, Wanita terkejut harga Yong Tau Foo RM94!