Status isteri kedua calon PRN Pas Terengganu jadi tanda tanya selepas kantoi dengan isteri pertama, rupanya kahwin dekat..
Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan 12 Ogos ini bagi enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Hari penamaan calon sudah pun diadakan pada hujung minggu lalu dan sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dipertandingkan.
Namun, baru-baru ini muncul sebuah berita yang kurang sedap untuk didengar, seorang isteri kepada salah seorang calon PRN di Terengganu dikatakan sudah 9 bulan digantung tak bertali.
Dalam laporan Harian Metro, suami kepada wanita tersebut yang difahamkan berusia 40-an adalah penyandang kerusi DUN di Terengganu dan dia didakwa mendiamkan diri selepas perkahwinan mereka di Thailand diketahui oleh isteri pertama pada Oktober lalu.
“Ada desas-desus mengatakan saya sudah dicerai, namun sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang dokumen perceraian itu,” katanya.
Wanita tersebut memberitahu dia hanya mahu tahu statusnya kerana sudah 9 bulan calon berkenaan mendiamkan diri.
“Selepas kantoi, dia (suami) berjanji memujuk isteri pertamanya untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan cara baik, namun sebaliknya pula yang berlaku.
Sampai sekarang saya tidak tahu status saya macam mana. Suami berdiam diri dan cuba mengelak apabila diajak berbincang.
Kali terakhir saya berhubung dengannya pada April lalu menerusi aplikasi WhatsApp dan suami minta supaya saya bersabar,” katanya lagi.
Dia berkata niatnya menghebohkan perkara ini bukanlah untuk menjatuhkan karier ahli politik tersebut pada PRN kali ini namun ia lebih kepada kerana dia inginkan penjelasan berkenaan status perkahwinan mereka.
Wanita itu juga menegaskan dia mahu perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik, difahamkan ahli politik berkenaan mengelak daripada mengulas isu tersebut.
BACA: Suami tergamak lacurkan isteri usia 25 tahun, sekali isteri pula rela dilacur