Rupanya ini sebab kucing suka sangat jelir lidahnya, bukan saja-saja dia buat

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Rupanya ini sebab kucing suka sangat jelir lidahnya, bukan saja-saja dia buat

Jika anda peminat kucing atau memeliharanya di rumah, sudah pasti gelagat kucing tersebut sering menghiburkan dengan pelbagai telatah yang dilakukan.

Mereka mampu memberikan keceriaan dan kadangkala boleh memahami perasaan tuannya di saat sedang sedih, marah dan gembira.

Rupanya ini sebab kucing suka sangat jelir lidahnya, bukan saja-saja dia buat

Namun, gelagat dan telatah kucing apabila mereka terlalu agresif bermain seringkali menimbulkan rasa pelik kerana mereka akan menjelirkan lidahnya.

Pasti anda tertanya-tanya mengapa kucing peliharaan anda melakukan hal yang sedemikian. Adakah ia mempunyai kesihatan yang kurang baik?

Oleh itu, anda perlu tahu kucing sering menjelirkan lidahya mempunyai sebab-sebab tertentu.

Kelakuan menjelirkan lidah oleh kucing peliharaan anda mungkin nampak comel dan membuatkan anda tidak begitu ambil perhatian tentangnya. Jika kerap berlaku, anda perlu periksa kesihatan kucing anda, ketahui punca dan akibat ianya berlaku.

(1) Sengaja dikeluarkan lidahnya disebabkan makanan yang berlainan

Kebiasaan kucing yang menjelirkan lidahnya kerana merasakan sesuatu pada mulut dan lidahnya.

Kucing mempunyai deria rasa yang kuat terhadap bau dan tekstur makanan yang disukai.

Jika anda memberikan kucing peliharaan makanan yang berlainan atau makanan jenis yang baru, mereka akan menjelirkan lidahnya untuk mengenal pasti tekstur makanan tersebut dan mereka sedang cuba untuk terima makanan yang baru.

Oleh itu, jika anda melihat kucing peliharaan tidak suka dengan makanan yang berlainan, mereka akan keluarkan dan muntah. Hal ini akan menyebabkan kesihatan kucing anda tidak sihat disebabkan makanan yang tidak disukainya.

Sumber: Google
(2) Bahagian rahang tidak kuat

Perkara yang sering berlaku dalam kebanyakan kucing adalah mempunyai rahang yang tidak kuat atau longgar.

Ketika mereka sedang tidur, sesetengah rahang kucing tidak begitu kuat dan menyebabkan lidahnya akan terkeluar dengan sendiri.

Ianya tidak berlaku kepada semua kucing, malah sering berlaku apabila sesetengah kucing yang disuntik dengan ubat penenang. Setelah itu mereka akan berasa sangat letih dan memerlukan tidur yang agak lama. Oleh itu, tanpa disedari lidah kucing tersebut akan terkeluar dengan sendirinya.

(3) Makanan yang terlekat

Kucing sebenarnya tidak boleh diberi makan sembarangan seperti tulang-tulang ikan atau ayam.

Hal ini kerana jika ia terlekat di bahagian dalam gigi atau mulut, ianya akan menyebabkan kerosakan pada gigi dan rahang dalam mulut kucing tersebut.

Justeru, tulang yang melekat pada celah-celah gigi kucing, mereka tidak dapat mengeluarkannya sendiri.

Sebaliknya mereka akan menjelirkan lidahnya menandakan mereka ingin meminta tolong kepada manusia. Oleh itu, jangan ambil mudah tentang perkara ini. Perhatikan gerak geri kucing anda kerana bimbang akan membahayakan kesihatan gigi.

Apakah kemungkinan yang berlaku jika kucing kerap menjelirkan lidah?

a. Masalah gigi

Makanan yang dimakan oleh kucing kadangkala tersekat di celah-celah gigi. Makanan yang tidak sesuai seperti tulang atau benda-benda yang tajam akan merosakkan enamel pada gigi kucing. Misalnya, kerosakan yang berlaku boleh terjadinya bisul, karies, kerosakan pada gigi dan masalah gusi.

b. Dementia

Dementia merupakan satu penyakit yang kebiasaanya akan berlaku pada kucing tua. Dementia atau namanya Feline Senile Dementia atau Cognitive Dysfunction System (CDS), penyakit ini adalah berkaitan usia yang mempengaruhi fungsi otak.

Kucing yang mengalami dementia akan mula rasa hilang ingatan, kesedaran dan pengecaman terhadap dunia di sekitar mereka.

Kucing yang berusia 7 atau 8 tahun ini mungkin akan terkena penyakit dementia yang menunjukkan tingkah laku mereka sering menjelirkan lidahnya.

Semakin tinggi penyakit dementia pada kucing, semakin kerap ianya menjelirkan lidah. Oleh itu, sekiranya berlaku perubahan tingkah laku pada kucing, pemilik dinasihatkan untuk membawa ke klinik haiwan berdekatan bagi menjalani pemeriksaan. Ia bagi memastikan sama ada kucing itu mengalami dementia, atau ada masalah kesihatan lain.

c. Jangkitan

Kucing yang kerap menjelirkan lidahnya mungkin juga berlaku jangkitan periodontitis atau lepuhan.

Ianya berkait dengan jangkitan, kecederaan, tumor, atau penyakit radang. Mereka akan membuat tingkah laku yang sama iaitu menjelirkan lidahnya.

Hal ini kerana mereka sedang cuba untuk menenangkan dirinya daripada sakit yang berlaku dalam mulut tersebut. Oleh itu, bawa kucing ada segera ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Jika tidak, banyak penyakit boleh berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

d. Stomatitis

Penyakit stomatis ini membangkitkan keradangan di dalam mulut, pada gusi dan di bahagian atas tekak. Penyebabnya tidak diketahui, mungkin stomatitis dikaitkan dengan tindak balas tidak mencukupi untuk bahan-bahan yang berkaitan dengan permukaan gigi. Simptom yang paling ketara adalah sakit yang teruk ketika membuka mulut.

Kucing mungkin mempunyai nafas yang tidak baik, air liur yang berlebihan dan kesukaran untuk menelan. Oleh itu, penyakit stomatitis ini menyebabkan kucing anda sentiasa rasa letih dan kerap menjelirkan lidahnya.

e. Strok haba

Keadaan cuaca yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada manusia malah kucing juga terasa bahangnya.

Jangan biarkan kucing anda terdedah di tengah panas dan kurang mendapatkan air.

Keadaan dan suhu yang agak panas menyebabkan kucing sering menjelirkan lidahnya. Sentiasa peka mengenai kucing peliharaan anda sama ada mendapatkan air yang bersih atau sebaliknya.

Pada anda yang masih ragu-ragu dengan sikap kepelikan kucing peliharaan, terus bawa ke klinik haiwan yang berdekatan.

Pastikan kucing anda diperiksa kerana kucing tidak akan memberi reaksi sedang sakit atau meminta tolong.

Mungkin dengan caranya menjelir lidah sudah memadai untuk memberi petunjuk kepada tuannya.

BACA: “Anak dan isteri aku meninggal, tinggalkan aku, Aku menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan isteri, patutlah mak hasut aku pukul isteri, rupanya..”