Mula-mula kakak ipar tiba-tiba jadi isteri, Ini kisah lelaki 90 tahun kahwin dengan kakak ipar usia 28 tahun

Oleh INFORAKYAT

Mula-mula kakak ipar tiba-tiba jadi isteri, Ini kisah lelaki 90 tahun kahwin dengan kakak ipar usia 28 tahun

Seorang wanita muda berusia 28 tahun di Indonesia telah menjadi bualan masyarakat setempat apabila mengahwini seorang lelaki yang berusia 90 tahun.

Menurut laporan detik.com, lelaki yang dikenali sebagai Paduai itu berasal dari Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara (Sultra).

Mula-mula kakak ipar tiba-tiba jadi isteri, Ini kisah lelaki 90 tahun kahwin dengan kakak ipar usia 28 tahun

Paduai telah menjadi tular di media sosial selepas berkahwin dengan seorang wanita bernama Shintia berusia 28 tahun.

Difahamkan, Shintia yang dikahwini oleh Paduai itu adalah kakak kepada bekas isterinya, Shinta (25).

“Ya, memang ada pernikahan iaitu Haji Paduai, bekas suami saya dengan adik saya. Tidak ada masalah dengan perkara ini,” kata Shinta yang merupakan adik kepada pengantin perempuan tersebut.

Dia memaklumkan bahawa perkahwinannya dengan Paduai telah dilangsungkan pada tahun 2018 yang lalu. Kehidupan rumah tangganya agak singkat. Shinta dan Paduai bersetuju untuk berpisah selepas 3 bulan mereka berkahwin.

Justeru, mereka sudah lama bercerai sebelum bekas suaminya itu memutuskan untuk berkahwin dengan kakaknya, Shintia.

“Saya berkahwin dengan Haji Paduai dahulu pada tahun 2018. Selepas kira-kira 3 bulan (bersama), saya telah bercerai,” jelasnya lagi.

Shinta juga mengakui langsung tidak tahu bagaimana bekas suami dan kakaknya itu mula menjalinkan hubungan rapat. Oleh itu, Shinta amat terkejut apabila mendapat khabar bahawa kakaknya dan bekas suaminya akan berkahwin disebabkan tiada makluman awal.

“Saya tidak tahu sejak bila mereka mula rapat, kerana saya bukan berada di kampung. Saya di luar mencari kerja. Nanti mereka berkahwin saya datang ke majlis mereka,” jelasnya.

Perkahwinan Paduai dengan Shintia diadakan pada Selasa, 14 Jun yang lalu. Shinta mengaku akan turut mengiringi majlis perkahwinan itu. Kakaknya kini telah dibawa bersama oleh Paduai untuk tinggal bersama di Kampung Puumbolo, Daerah Wawo, Kolaka Utara.

“Shintia tinggal di rumah suaminya sekarang. Di Kampung Puumbolo,” katanya.

Shinta mengaku redha dengan perkahwinan bekas suaminya itu bersama kakaknya. Dia juga mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan kakak dan bekas suaminya itu.

“Ya, saya juga gembira. Dari diri saya sendiri saya serahkan sepenuhnya kepada kakak saya. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik,” jelas Shinta.

Sementara itu, ketua kampung Puumbolo Arqam menjelaskan, pihaknya tidak menyangka perkahwinan pasangan yang jauh jarak usia itu akan menjadi tular.

Katanya lagi, perkahwinan ini telah dipersetujui oleh pasangan pengantin sejak dari awal lagi. Paduai dikatakan telah berkahwin dengan Shintia dengan mas kahwinnya adalah peralatan solat dan wang tunai IDR 5 juta (RM1500).

“Puncanya kerana kasih sayang dan cinta. Ada juga harapan anak-anak haji Paduai untuk ibu tiri mereka menjaga bapa mereka sebagai sepasang suami isteri di hari tua nanti,” tambahnya lagi.

BACA: Bekas perisik Amerika dedah kerajaan Amerika sembunyikan bangkai kapal UFO dan mayat mahkluk asing, ini kisahnya