Benar kata pepatah, ‘kasih ayah sepanjang zaman’, Ini kisah bapa down sindrom besarkan anak sampai jadi Doktor gigi

Oleh INFORAKYAT

Benar kata pepatah, ‘kasih ayah sepanjang zaman’, Ini kisah bapa down sindrom besarkan anak sampai jadi Doktor gigi

Dalam sesebuah keluarga, bapa merupakan seorang insan yang paling banyak berkorban.

Dia rela berkorban apa sahaja agar anak-anaknya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Benar kata pepatah, 'kasih ayah sepanjang zaman', Ini kisah bapa down sindrom besarkan anak sampai jadi Doktor gigi

Dialah orang yang bekerja tanpa merasa lelah untuk mencukupkan segala keperluan demi keluarganya

Terkadang, apa yang dilakukan oleh seorang bapa tidak dapat dijangka. Walaupun nampak kuat tapi hakikatnya di dalam hati dan fikirannya tiada siapa yang tahu.

Baru-baru ini tular semula di media sosial berkenaan kisah seorang bapa sindrom down di Syria yang membesarkan anak lelakinya sehingga anaknya berjaya.

Pergorbanan bapa yang sentiasa dikenang

Kisahnya pernah mendapat perhatian ramai pada tahun 2019, Sader Issa yang kini merupakan seorang doktor gigi berkongsi pada dunia mengenai pengorbanan bapanya demi melihatnya membesar menjadi seorang yang berjaya.

“Saya bangga dengan ayah saya kerana sepanjang hidup saya, dialah yang banyak menyokong ketika saya memerlukannya,” kata Sader.

Memetik Metro UK, bapanya yang dikenali sebagai Jad mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan juga kurang upaya intelektual.

Walaupun keadaannya seperti itu, beliau adalah seorang ayah yang hebat. Dikatakan sejak Sader kecil lagi dia bekerja di kilang gandum bagi menyara keluarganya.

“Ayah tidak pernah membiarkan zaman kanak-kanak saya terabai. Bahkan, ayah berusaha agar saya juga memperolehi kehidupan yang sama seperti kanak-kanak yang lain.

“Kasih sayang dan perhatian dari ayah semuanya cukup diberikan kepada saya. Ayah juga sentiasa memastikan saya fokus dalam pelajaran,” katanya.

Berkat dari pengorbanan ayahnya, Sader berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi di Syria.

Ketika ditanya dalam satu perjumpaan bersama Persatuan Pembangunan Sosial, Sader berkata dia tidak pernah merasa malu dengan keadaan bapanya.

Sebaliknya dia berbangga kerana bapanya itu sentiasa menyokongnya di saat dia memerlukan.

Kehadiran Sader istimewa buat bapanya

Metro UK melaporkan bahawa jika salah seorang ibu atau bapa menghidap sindrom down, maka kemungkinan 35% hingga 50% anak mereka boleh mewarisi keadaan tersebut.

Justeru kehadiran Sader adalah sangat istimewa untuk Jad dan juga isterinya kerana lelaki itu membesar dengan normal.

Menurut Sader, ramai juga yang tertanya-tanya mengapa ibunya yang merupakan wanita yang tidak mempunyai sindrom down berkahwin dengan bapanya.

“Saya percaya jika kedua-dua pasangan sudah serasi, mengapa tidak berkahwin? Mereka sangat sesuai untuk satu sama lain,” jawabnya.

Sader juga berkata ramai yang keliru apabila mengetahui mengenai kisahnya kerana sangat jarang untuk kita lihat seseorang individu yang menghidap sindrom down berkahwin dan berkeluarga.

“Apabila melakukan carian di Google, mereka mendapati lelaki yang menghidap sindrom down tidak subur. Ini membuatkan mereka keliru apabila mengetahui mengenai kami.

“Saya mahu orang lain yang mempunyai sindrom down tahu bahawa walaupun ini jarang berlaku, kemungkinan untuk berkeluarga itu masih ada,” ujarnya.

Kisah mereka itu menjadi inspirasi buat orang ramai di seluruh dunia. Dalam masa yang sama, ia juga memperlihatkan kasih sayang seorang bapa walau mungkin tidak sempurna seperti orang lain.

BACA: Bekas perisik Amerika dedah kerajaan Amerika sembunyikan bangkai kapal UFO dan mayat mahkluk asing, ini kisahnya