“Kawan aku kaki clubbing, hari-hari party tiba-tiba masa reunion dia pakai jubah bertutup litup sampai pakai stokin, rupanya ini alasan dia dan suami buat aku terkejut!”
Seorang wanita, Alia melalui laman twitternya @liaazapli menceritakan kisah mengenai penghijrahan dua rakannya
Mereka yang juga sepasang suami isteri yang dahulunya sangat sosial dan selalu melakukan maksiat.
Menurut Alia, dahulunya pasangan berkenaan sangat sosial, bahkan boleh dimasukkan dalam kategori individu yang sering berparti setiap hari. Dadah, arak merupakan mainan mereka.
Rutin mereka yang sangat sosial ditegur dan dikecam masyarakat sekeliling, namun mereka tidak peduli dan menganggap perkara itu perkara biasa.
“Memang kitaorang jahat pun, ahli neraka macam diaorang cakap, kan b? tapi takpelah masuk neraka pun kalau aku dengan dia hahaha”
Suatu hari mereka diberitahu bakal berkahwin setelah tiga tahun bercinta, malangnya Alia tidak hadir ke majlis berkenaan kerana lokasi rumah pasangan berkenaan yang terlalu jauh.
Selepas beberapa tahun, pasangan berkenaan mengajak Alia untuk berjumpa kerana sudah lama tidak bertegur sapa, selain pasangan terbabit memaklumkan bahawa mereka kini berada di Kuala Lumpur.
‘I saw husband & the daughter first. Then I tanya mana mama? Husband dia jawab “pergi toilet””
Tetiba husband dia kata “haaa tu..lama pergi toilet”. I was excited then aku pusing belakang, dah pusing tu masya Allah.
My dearest friend, yang kaki clubbing aku kenal tu, she was all covered up, dari tudung labuh & jubah olive green to her ankle even”
She smiled, “ha terkejut ke?”i was speechless, she hugged me & aku memang terngangalah cerita dia”
Kenapa berubah?
Ketika ditanya mengapa rakannya berubah, wanita itu membalas.
“Because we loved each other too much”
Wanita itu meneruskan cerita dengan memberitahu mereka berdua meminta pertolongan daripada Allah supaya menjaga dan mengekalkan hubungan mereka selama-lamanya.
Ajak solat
Satu saat hubungan mereka hampir hancur, wanita berkenaan memberitahu bahawa lelaki itu mengajaknya untuk mendekati islam.
Ikutkan hati memang nak maki je, tapi tak apalah, biar aku terangkan elok elok kenapa perempuan tak dapat bersuara, lawan atau report bila berhadapan dengan harassment.
Khas untuk lelaki lelaki yang tak dapat faham situasi perempuan, thread pendek. pic.twitter.com/Gl2hQwDxWQ
— zoul (@zoulyazix) July 15, 2020
“semua sebab dia la, tetiba je kejut aku pepagi, bisik kat aku “sayang, i dah hafal semua surah pendek & step nak solat..jom solat b.”
Akhirnya wanita itu berubah dan menutup aurat seperti sekarang. Di akhir Alia menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang hina kepada orang seperti mereka. Bahkan masyarakat sepatutnya memberi dorongan supaya mereka berubah.