“Aku tak sanggup nak dengar semua tu. Macam mana seorang menantu, yang tak ada pertalian darah boleh rasa ikatan yang benar-benar tulus terhadap mak mertua”
Salam buat semua pembaca. Selalunya kaum wanita, isteri je yang buat luahan, kali ni aku rasa nak kongsi tentang rumah tanggan aku.
Aku kahwin masa tahun ketiga belajar. Isteri aku pun budak universiti yang sama juga.
Tapi masa kahwin isteri aku ni tahun kedua, kira junior aku la. Ni sebelum aku teruskan, nak pesan kat lelaki terutamanya, korang nak pikat anak dara orang, biar ada matlamat.
Jangan sekadar nak test market je . Kalau rasa tak ada niat nak peristerikan diorang, jangan main-mainkan perasaan diorang.
Aku pantang betul kalau orang main-mainkan perempuan ni. Ok la, berbalik kepada citer aku. Sekarang kami dah masuk 4 tahun kahwin. Kahwin masa belajar memang mencabar. Kalau iman tak kuat, sabar tak ada dalam diri, gudbai je la pada pasangan masing-masing.
Kau tau tak, isteri aku yang lamar aku. Mula-mula aku terima dia pun sebab kesian tapi bila dah 2 3 bulan aku kenal hati budi dia, baru tahu, diri aku yang lebih kasihan sebenarnya, bukan dia. Aku punya majlis kahwin, simple je beb.
Akad nikah, ada kenduri sikit. Sumpah aku kata, aku tak ade duit masa tu. Tapi isteri aku terima aku lebih dari aku terima diri aku sendiri. Sedih! Aku hanya mampu bagi dia cincin belah rotan biasa je masa nikah. Itu lah mas kahwin, itulah hantaran.
Tapi isteri aku tak pernah merungut. Tak pernah sekali pun dia ungkit. Masa belajar, kitorang duduk asing-asing. Duduk dekat dalam kampus. Aku sibuk sebab dah dekat tahun akhir kan. Punya taat isteri aku, tak pernah sekalipun dia miss jumpa aku tiap-tiap hari.
Setiap pagi kompem dia call, mintak aku doakan dia jadi isteri yang baik, mintak Allah selamatkan dan rahmati rumahtangga kami. Waktu lunch, walaupun dia tak masak, dia selalu belikan aku makanan. Ye lah, nak masak macam mana duduk dalam asrama tu.
Dia akan pastikan perut aku kenyang. Aku ni kadang-kadang menyesal sebab waktu aku sibuk, aku tak sempat nak tanya keadaan dia, dah makan ke belum, tak tanya pun khabar dia. Tapi isteri syurga ni, tiap-tiap malam call sebab nak mintak maaf atas kesalahan-kesalahan dia.
Sekarang isteri aku dah grad, dah dapat kerja pun. Aku pun sama. Walaupun gaji isteri aku lagi besar dia tak pernah nak rasa tinggi diri, eg. Sekarang ni mak aku sakit. Isteri aku lah yang sanggup ambik cuti tanpa gaji . Dia nak jaga mak aku.
Serius, aku menitis air mata nak citer kat korang ni. Abang tengok isteri aku masa tidur, lesu badan dia. Mata dia penat! Aku tengok dia betul-betul sabar jaga mak aku.
Kencing berak semua dia jaga. Mak aku dah uzur sangat tapi tak pernah sekalipun bila aku balik kerja, aku tengok mak kotor ke, bau hancing ke.
Tak! Mak aku selalu bau wangi sebab isteri aku selalu mandikan mak, pakaikan baju elok kemas dan wangi je. Aku tak tahu apa jadi kalau aku hilang isteri abang. Dia nyawa aku. Aku nak gi outstation, dia kemas semua barang-barang aku.
Ada sekali tu, aku tak cukup seluar dalam masa kursus, aku nak pergi beli baru tapi tak tahu saiz. Gila kau nak tanya orang jual tu? Aku call isteri, tanya saiz seluar dalam.
Lantak la korang nak gelak pun. Kalau korang kat tempat aku, korang tahu nilai isteri yang dinikahi dengan serendah rendah mahar ni.
Isteri aku, yang aku terima kerana kasihan itulah yang buatkan aku insan paling bahagia atas dunia ni. Kalau diberi 1000 wanita lain, aku tak nak! Aku tak nak! Untuk pengetahuan korang, hari ni hari ulangtahun kelahiran isteri aku.
Aku dapat bonus 3 bulan gaji. Aku tahu isteri aku ni tak suka mewah-mewah, cincin emas apa semua. Walaupun isteri aku tu kuat bekerja, family pun orang senang, dia tak pernah demand. Jadi hari ni aku nak bawak dia balik ke tempat yang dia suka.
Ke tempat kami mula-mula jumpa, universiti tempat kami belajar dulu. Korang doakan aku dengan isteri aku terus kuat. Walaupun isteri aku dah kurus, tangan dah kasar, dah tak segebu dulu, dialah wanita paling cantik pernah aku jumpa.
Isteri abang ni orang terengganu. Dulu aku tak pandai cakak tranung. Leni, aku master tranung bohh! Panjang pulak cerita aku ni. Ingat pesan aku ye, jangan main-mainkan perasaan perempuan.
Kalau ada mana-mana perempuan yang betul-betul sayang kau, dan kau main-mainkan dia, please la.. Knock some sense into your heart la. Nanti kau kahwin, isteri kau akan main-mainkan kau pulak. Nauzubillahiminzalik..
Sambungan.. Assalamualaikum wbt semua pembaca. Salam ramadhan aku ucapkan kepada semua, tak lama pun lagi. Lama dulu aku ada tulis tentang isteri aku. Rasa macam nak sambung balik. Isteri aku letak nama Natrah.
Sebenarnya mak aku dah meninggal. Orang yang paling terasa kehilangan mak aku ialah isteri aku, Natrah. Sehari sebelum mak aku menghadap ilahi, arwah sakit kuat. Isteri akulah orang jaga kencing berak mak. Arwah tak boleh makan makanan pejal, isteri aku hancurkn nasi sehancur-hancurnya.
Aku tengok dia suap bubur dengan air pada arwah guna wayar, aku datang sebak. Sebab aku, sebagai anak kandung, aku rasa tak kuat nak tengok mak sakit macam tu. Aku tak seteliti isteri aku nak suap mak perlahan-lahan dengan sabar.
Aku pernah cuba, tapi tangan aku menggigiI. Isteri aku lah setabah tabah manusia. Air mata dia bertakung, tapi tak jatuh. Sebab dia kata, dia tak nak tengok arw4h mak nampak dia menangis masa jaga arw4h. Pagi subuh tu, arw4h dah n4zak.
Isteri aku dah 2 hari tak tido. Makan pun ala kadar. Memang dia tak berganjak dari katil arwah mak. Mak pergi atas riba isteri aku, dia nampak tenang. Aku dah meraung, aku rasa dunia dah gelap. Mak aku dah pergi.
Alhamdulillah, urusan mandi kafan sampailah ke liang lahad, isteri aku ada. Dialah yang mandikan arwah mak, kafankan mak semua. Apa yang buat aku sebak sangat, kali terakhir isteri aku cium arwah mak, lama dia renung muka arwah.
Masa tu air mata dia baru jatuh. Aku ingt lagi isteri aku kata, ‘Mak, Natrah dah jalankan tanggungjawab Natrah. Natrah mintak halal semua yang mak dah bagi. Mak ampunkanlah semua dosa Natrah. InsyaAllah, nanti Natrah ikut mak’.
Allah. aku tak sanggup nak dengar semua tu. Macam mana seorang menantu, yang tak ada pertalian darah boleh rasa ikatan yang benar-benar tulus terhadap mak. Natrah, dia sebaik baik isteri yang aku miliki. Untuk pengetahuan para pembaca, isteri aku dulu bukan menantu kesayangan pun.
Arwah mak dulu, berkeras dengan isteri aku. Makan bertahun arwah mak nak terima isteri aku sepenuhnya. Tapi isteri aku, mulia hati dia. Dia tak pernah berdendam. Apa yang orang cakap pasal dia, dia diam je. Dia tak akan balas semula apa keburukan orang lempar pada dia.
Kuatnya isteri aku daripada liku hidup dia. Aku nak bagitahu sedikit sebanyak tentang latar belakang isteri aku. Dia daripada kecik tak ada kasih sayang ibu ayah kandung. Bila dia dewasa sikit, dia rasa memberontak. Dia pernah ceritakan pada aku, dia pernah rasa macam nak bunuh diri.
Sebab orang sekeliling hina dia. Dia pernah bertunang tapi putus tunang sebab pihak lelaki tak boleh terima latar belakang dia. Anak tak sah taraf. Aku nak bagitahu, mana-mana wanita, tak akan pernah capai title sempurna.
Sempurna itu hadir bila kita tahu menghargai kelebihan dan sama-sama topup kekurangan. Seburuk mana pun kisah hidup wanita tu, jangan kita hina. Kadang-kadang mereka lebih mulia daripada kita. Kita ni lelaki, kena lihat dengan mata hati.
Tapi ramai antara kita tak tahu apa itu mata hati. Kita tahu komplen je. Demand. Nak isteri lawa. Pandai masak. Pandai kemas rumah. Pandai bergaya. Tapi kita? Amalan kita yang nak bawak kita dan dia ke syurga tu dah ada?
Sekarang banyak kes cerai berai. Bila orang kata kita suami dayus, kita marah. Tapi itulah hakiktnya. Kita ni ego melampau tak nak terima kebenaran. Aku tak cakap pada semua lelaki. Korang tahu diri korang macamana.
Tepuk dada, tanya iman. Tu isteri aku tengah kemas bilik arwah mak. Hari-hari dia sapu bilik tu. Pernah aku tengok dia menangis pegang baju arwah mak. ‘Mak, itu Natrah. Yang jaga mak sepanjang mak sakit. Yang tak pernah merungut penat. Itu natrah mak. Isteri fateh’.
Ya Allah. Kurniakan syurga buat mak. Jadikan natrah isteri syurga buat aku. Natrah, abang menulis ini untuk Natrah. Natrah. Satu nama yang paling membahagiakan atas dunia ini. Aku banyak baca tenang kisah suami yang abaikan isteri.
Banyak beri alasan kekurangan isteri. Bagaimana kau kira kau dah jadi pemimpin jika dalam hati kau, tersimpan ragu-ragu dan hal dunia? Adanya wanita itu yang benar menyayangi kau lalu kau mensiakannya? Begitu juga kau wahai wanita.
Apa kau kira kau itu hiasan dunia semata? Kasih sayang itu tak selalu diucap depan-depan. Banyaknya ia terlihat dengan perbuatan. Kadang-kadang tanpa kau sedar, dia memerhati dan melakukannya untuk kau. Namun, itulah manusia. Payah benar melihat bahagia di depan mata.. -Muhammad al-fateh.
BACA: Ini rahsia kenapa peti ais ada lampu di bahagian sejuk tapi di bahagian beku tiada ramai tak tahu