Rupanya ramai tak tahu, jadi saksi kemalangan sebenarnya boleh dapat elaun? Peguam ini dedah sebabnya

Oleh INFORAKYAT

Rupanya ramai tak tahu, jadi saksi kemalangan sebenarnya boleh dapat elaun? Peguam ini dedah sebabnya

Kita sedia maklum, kemalangan sering saja berlaku dalam lingkungan kita sama ada ngeri atau pun hanya kemalangan kecil.

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, namun kerap kali kita dapat lihat paling banyak kemalangan adalah ada musim perayaan.

Rupanya ramai tak tahu, jadi saksi kemalangan sebenarnya boleh dapat elaun? Peguam ini dedah sebabnya

Bila berlakunya kemalangan, salah satu yang orang atau peguam sendiri akan cari adalah saksi. Pentingnya saksi adalah kerana untuk mengetahui kebenaran disebalik kes kes kemalangan tersebut seperti langgar lari dan sebagainya.

Tapi, kita tahu tak bagaimana prosedur untuk menjadi saksi? Untuk menjawab persoalan itu, kami kongsikan penjelasan dari seorang peguam, Nas Rahman (gambar) untuk menjawab.

Ikuti perkongsian beliau di bawah dan semoga memberi manfaat.

Prosedur menjadi seorang saksi
Sekarang banyak saya tengok tweet orang minta maklumat atau cari saksi, biasanya dalam kes accident. This is good. Kalau korang happened untuk tengok accident depan mata, bantulah mangsa dengan jadi saksi di mahkamah. Saya tolong terangkan prosedur jadi saksi. Jom.

Dalam kes di mahkamah sivil, pihak-pihak yang terlibat adalah orang yang menyaman dan orang yang disaman. Tapi untuk membuktikan kes masing-masing, kedua-dua pihak biasanya akan memerlukan saksi untuk bagi keterangan di mahkamah.

Contoh dalam kes accident, orang yang dilanggar (A) akan saman orang yang dilanggar (B) untuk tuntut kerugian. Jadi, untuk A buktikan B yang langgar dia, dia mungkin akan perlukan saksi mata (C) yang tengok kejadian tu berlaku.

So, apa perlu buat jika kita berada dalam situasi C?
1. Buat laporan polis terus dan tinggalkan contact untuk dihubungi berkenaan kes accident tu.

2. Kalau rajin dan ada peluang, reach out mangsa accident dan maklumkan kita ada lihat kemalangan berlaku.

3. Tunggu pihak-pihak yang terlibat dalam accident contact kita.

Kenapa nak kena tunggu? Sebab keterangan kita hanya akan diperlukan bila kes sudah sampai di mahkamah sahaja. Boleh jadi berbulan-bulan selepas accident.

Pihak yang ingin panggil kita sebagai saksi akan memohon kepada mahkamah supaya satu Sepina dikeluarkan terhadap kita untuk hadir ke mahkamah.

Jadi, kalau ada terima dokumen yang arahkan kita untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi, jangan takut dan jangan abaikan. Dokumen tu namanya Sepina.

Sepina adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah supaya seseorang itu dipanggil untuk memberikan keterangan di Mahkamah bagi kes yang berkenaan.

Kebiasaannya saksi sepina ini bukanlah pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu tetapi orang luar yang mana keterangannya boleh membantu Mahkamah dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan pertikaian antara Plaintif dan Defendan.

Macam mana nak pastikan kita diberikan sepina? Sepina perlu diserahkan by hand kepada kita. Biasanya akan ada Cover Letter dari Firma Guaman juga.

Andai kata dah terima ‘Cover Letter’ dan Sepina tu dan dimaklumkan kena jadi saksi di mahkamah, tengok dulu apa kandungan surat tersebut dan semak sama ada sepina dilampirkan dalam surat. Kalau ada, boleh periksa pihak-pihak yang teribat dalam kes tu, kenal atau tidak.

Kebiasaannya, pihak yang ingin panggil kita akan telefon kita terlebih dahulu sebagai ‘courtesy’ untuk berikan penjelasan dan meminta kita hadir sebagai saksi. Tetapi ada juga keadaan di mana mereka terus keluarkan sahaja sepina kepada kita.

Boleh juga call firma guaman yang hantar sepina tu untuk dapatkan penjelasan apa tujuan kita dipanggil ke Mahkamah khususnya berkenaan kes apa, sama ada kita memang tahu mengenai perkara itu atau tidak.

Elaun saksi
Individu yang hadir ke mahkamah sebagai saksi boleh diberikan elaun dan claim perjalanan yang munasabah.

Contohnya, Plaintif nak panggil C sebagai saksi. Kes di Mahkamah Shah Alam manakala C pula tinggal di Klang. Jadi, untuk datang ke mahkamah, C terpaksa naib Grab dengan tambang RM 40 pergi dan balik.

Jadi, C boleh mintak balik RM 40 untuk ‘claim travelling’ dia dan elaun saksi dengan jumlah yang munasabah dari pihak Plaintif iaitu pihak yang panggil dia.

Kalau kita dapat confirmkan yang Sepina tu genuine, then hadirlah ke mahkamah sebagai saksi. Kita hanya hadir ke mahkamah untuk cerita apa yang kita tahu sahaja.

Sepanjang pengalaman saya, ada beberapa kes di mana saksi apabila diminta jadi saksi, taknak hadir sebab taknak terlibat apa-apa dengan kes tu.

Padahal kehadiran kita hanyalah sebagai saksi untuk membantu mahkamah sahaja. Bukanlah kita akan dikenakan apa-apa hukuman pun.

Ingat ya, kali ni mungkin orang lain perlukan kita untuk jadi saksi, esok hari mungkin kita pulak perlukan orang lain untuk jadi saksi dalam kes kita sendiri. Jika berkesempatan untuk bantu, bantulah.

Prosedur ni bukan setakat kes accident sahaja ye, tapi juga kes-kes sivil lain contohnya kes harta pusaka ke, kes langgar kontrak ke, kes pembuangan pekerja ke. Banyak lagi.

Semoga bermanfaat.

BACA: Tular video selebriti terkenal mandi pakai lingerie je, sekali lain pula yang netizen perasan