Ini rahsia kenapa peti ais ada lampu di bahagian sejuk tapi di bahagian beku tiada ramai tak tahu
Kegunaan peti ais sememangnya sangat penting terutama untuk menyimpan bahan makanan untuk kekal segar.
Seperti yang diketahui, peti ais mempunyai lampu bagi memudahkan pencarian barang-barang ketika waktu malam namun ia hanya melibatkan bahagian peti ais bawah sahaja.
Anda juga pasti perasan pada bahagian atas atau bahagian freezer tidak mempunyai lampu. Rupanya, ia bukan saja-saja dicipta sedemikian.
Menerusi portal Reader Digest, profesor ekonomi di Cornell University, Robert H. Frank, berkata bahawa ia semua tertumpu kepada prinsip yang dipanggil sebagai kos-manfaat.
Menurutnya, kos untuk memasang lampu automatik di bahagian beku adalah sama dengan kos untuk memasang di bahagian sejuk.
Manfaat lampu tersebut adalah untuk memudahkan pencarian makanan atau barangan di dalam peti ais. Namun, disebabkan pintu bahagian sejuk lebih banyak kali dibuka, adalah lebih baik untuk lampu ditempatkan di bahagian tersebut. Bermaksud, manfaat lampu tersebut kepada pengguna adalah lebih bermakna kerana sering digunakan.
“Prinsip kos-manfaat meramalkan pengguna dengan pendapatan yang sangat tinggi mungkin menganggap cahaya di dalam peti sejuk sepadan dengan kos tambahan,” katanya.
Kesimpulannya, boleh dikatakan tidak berbaloi untuk memasang lampu di bahagian beku ekoran pengguna lebih kerap membuka ruangan bahagian sejuk berbanding bahagian beku. Jadi, prinsip kos-manfaat seperti yang diketengahkan menjadi alasan mengapa bahagian beku tidak mempunyai lampu seperti di bahagian sejuk.