Guna alasan company trip, isteri orang kantoi ada hubungan terlarang dengan suami orang
Dalam ikatan rumah tangga, kesetiaan dan kejujuran merupakan perkara yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian hubungan.
Janganlah pula mudah membuka hati kepada orang lain sehingga berlakunya kejadian curang antara rakan sekerja.
Seperti perkongsian tular di kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang individu mendedahkan rakan sekerjanya yang masing-masing sudah berkahwin menjalinkan hubungan terlarang di pejabat.
Lebih melampau lagi apabila mereka sampai tahap pergi bercuti berdua tetapi beri alasan ada ‘trip’ syarikat.
Di ruangan komen, orang ramai nampaknya tak terkejut apabila mereka sendiri pernah berhadapan pengalaman serupa.
Ada yang terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai keluarga dan anak-anak terabai. Kesan daripada sikap ibu bapa yang pentingkan diri ini, anak-anak pula yang jadi mangsa.
Menurut mereka, sebagai rakan sekerja seseorang hendaklah profesional dan menjaga batas untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.
Bila dah kantoi, tak pasal-pasal kena tindakan tatatertib dan rumah tangga yang dibina hancur.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter mendedahkan sikap terlalu ‘caring’ dan berkongsi masalah rumah tangga rakan sekerja membawa kepada hubungan badan di dalam kereta. Sebelum kantoi, pasangan itu rupa-rupanya dah kerap makan berdua.
Seramnya tengok masalah sosial dalam kalangan masyarakat sekarang ni. Semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan ini.