‘No! I still want Siti’, Diva AA dedah pernah ada penyanyi cuba ‘sailang’ Tokti untuk bawa lagu jerat percintaan?

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

‘No! I still want Siti’, Diva AA dedah pernah ada penyanyi cuba ‘sailang’ Tokti untuk bawa lagu jerat percintaan?

Pada tahun 1996, pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang dibawakan oleh stesen TV3

Menampilkan nama-nama besar dalam industri seperti Fauziah Latiff dan Ziana Zain.

'No! I still want Siti', Diva AA dedah pernah ada penyanyi cuba 'sailang' Tokti untuk bawa lagu jerat percintaan?

Pun begitu, tahun itu seorang bintang baru membuat kejutan di pentas penuh prestij itu dengan menggondol Lagu Terbaik Balada dan Persembahan Terbaik seterusnya memenangi Anugerah Juara Lagu.

Bintang yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi dengan lagu ikoniknya Jerat Percintaan.

Namun, hari ini tular sebuah potongan video podcast @brosgangtv yang menampilkan Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA sebagai tetamu.

Dia menceritakan pada hari AJL 1996 itu, sepatutnya ada penyanyi lain iaitu Mazleela yang menggantikan TokTi untuk membawa lagu tersebut kerana beliau sedang menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

@brosgangtv Diva AA dalam podcast kami kongsi mcm mcm benda ni. Boleh percaya ke? Pergi tengok podcast ini di Youtube Bros Gang Tv 😭 #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #brosgangtv #divaaa ♬ original sound – BROSGANGTV

Namun, Diva AA yang merupakan produser rancangan itu meminta team produksi untuk membawa TokTi melakukan persembahan lagu ikonik itu tidak kira apa pun halangannya.

“So, I was the one yang call Bad, no I still want Siti, tak kisah lah dia ada SPM ke apa ke, I still want her in the studio untuk perform live,” katanya.

Diva AA kemudian berkata setibanya TokTi tiba dan melakukan persembahan, kesemua calon lain seperti Ziana Zain terkedu apabila mendengar kelunakan suara Siti Nurhaliza walaupun beliau baru sahaja berusia 17 tahun.

Fuh, lejen jugak Diva AA ni!

BACA:

“Lepas 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, tiba-tiba satu pagi tu suami minta sesuatu kat isteri denan alasan tak masuk akal! Aku terkedu bila dengar permintaan suami”