Pulau ini sebelah menyebelah je, kalau berenang pun sampai, tapi beza waktu sampai 21 jam!

Oleh INFORAKYAT

Pulau ini sebelah menyebelah je, kalau berenang pun sampai, tapi beza waktu sampai 21 jam!

Buat anda yang pernah atau sedang bercinta jarak jauh, pasti anda sudah biasa dengan perbezaan waktu antara dua negara.

Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda menetap di hujung peta bumi seperti Rusia.

Pulau ini sebelah menyebelah je, kalau berenang pun sampai, tapi beza waktu sampai 21 jam!

Perbezaan waktu sebanyak 5 jam bukanlah satu halangan untuk anda berkomunikasi dan melepaskan rindu. Kadangkala, waktu tidur dikorbankan untuk berbual bersama pasangan.

Umum mengetahui, cinta jarak jauh adalah satu terma buat mereka yang sedang bercinta dan menetap jauh daripada satu sama lain. Sebagai contoh, seorang menetap di Perlis manakala seorang lagi menetap di Melaka.

Namun, sebenarnya anda boleh bercinta jarak jauh meskipun hanya menetap sejauh 5 kilometer daripada pasangan kerana perbezaan waktu yang ketara.

Dua pulau yang berbeza masa

Tahukah anda, terdapat dua buah pulau di dalam dunia ini yang hanya sejauh 4.8 kilometer daripada satu sama lain, namun mempunyai perbezaan waktu selama 21 jam. Bunyi macam pelik, tapi memang betul!

Dua pulau yang dinamakan sebagai Big Diomede dan Little Diomede ini hanya terletak bersebelahan tidak sampai 5 kilometer. Namun, kedua-dua pulau ini memiliki perbezaan zon waktu menjadikan pulau ini berbeza 21 jam.

Hal ini terjadi kerana kepulauan Diomede dipisahkan oleh Garisan Tarikh Antarabangsa yang melalui Lautan Pasifik, membuatkan kedua-dua pulau itu tidak berkongsi hari yang sama.

Perbezaan waktu ini membuatkan Pulau Big Diomede mempunyai waktu hampir sehari awal berbanding Pulau Little Diomede, yang hanya berjarak 4.8 kilometer.

Untuk rekod, Pulau Big Diomede terletak dalam sempadan Rusia manakala Pulau Little Diomede pula berada di bawah pentadbiran Amerika Syarikat.

Jambatan ais akan muncul

Uniknya tentang kedua-dua pulau ini, jambatan ais akan terbentuk di antara Pulau Big Diomede dengan Pulau Little Diomede pada musim sejuk, membuatkan pengunjung boleh merentasi zon waktu yang berbeza.

Pengunjung juga berpeluang untuk berjalan kaki dari satu negara ke satu negara yang lain, memandangkan kedua-dua pulau tersebut terletak di Rusia dan Amerika Syarikat.

Ditemui oleh pelayar

Mengikut sejarah, kepulauan Diomede dinamakan sempena tokoh Saint Diomede dan telah ditemui oleh seorang pelayar warga Denmark-Rusia, Vitus Bering pada tarikh 16 Ogos 1728.

Mengikut laporan, Pulau Little Diomede kini didiami oleh orang asli dengan populasi sekitar 110 penduduk manakala Pulau Big Diomede hanya menempatkan unit tentera.

Cuba bayangkan kalau korang tinggal dekat Pulau Big Diomede, dan bersekolah dekat Pulau Little Diomede. Tak ke kelam kabut nak pergi kelas?

BACA: “Tak pernah syak apa-apa, sikap suami sebelum kahwin normal je, sekali terbongkar bukti mesej suami berbual mesra dengan lelaki lain”