Baru je bulan lepas bersalin, pantang pun tak habis lagi, doktor terkejut wanita ini bersalin lagi selepas 26 hari
Seorang wanita Bangladesh yang baru melahirkan seorang bayi, memeranjatkan para doktor apabila hanya 26 hari kemudian, beliau melahirkan pula sepasang bayi kembar.
Begini ceritanya. Arifa Sultana, 20 tahun, melahirkan seorang anak lelaki bulan lalu menerusi kelahiran biasa.
Bayi tersebut dilahirkan tidak cukup bulan. Ketika itu, para doktor gagal mengesan bahawa sebenarnya ada lagi anak lain dalam perut ibu itu.
“(Arifa) tidak sedar bahawa sebenarnya beliau masih mengandungkan anak kembar tersebut. Air ketubannya pecah lagi 26 hari selepas bayi pertama dilahirkan dan dia bergegas menemui kami,” kata Dr Cik Sheila Podder, pakar perbidanan yang merawat wanita itu.
sajagempak.com – Baru Lahirkan Anak, Doktor Terkejut Wanita Itu Melahirkan Seorang Lagi Bayi Kembar Selepas 26 Hari
Dr Podder kemudian menjalankan pembedahan caesarean kecemasan ke atas Cik Arifa untuk melahirkan bayi kembar itu – seorang lelaki dan seorang perempuan pada Jumaat lalu (22 Mac).
Ibu muda yang tinggal di kawasan Jessore di barat daya Bangladesh itu dibenarkan pulang kelmarin (Selasa, 26 Mac) dengan ketiga-tiga bayinya dalam keadaan sihat.
“Saya tidak pernah melihat sebarang kes seperti ini dalam lebih 30 tahun kerjaya perubatan saya,” ujar Dr Dilip Roy, yang merupakan ketua doktor pemerintah di Jessore.
Dr Roy juga mempersoalkan tindakan para doktor di Hospital Kolej Perubatan Khulna kerana gagal mengesan kehamilan kedua itu.
sajagempak.com – Baru Lahirkan Anak, Doktor Terkejut Wanita Itu Melahirkan Seorang Lagi Bayi Kembar Selepas 26 Hari
Cik Arifa, yang datang dari keluarga miskin, gembira dengan kehadiran tiga orang bayi itu. Namun beliau juga berasa bimbang bagaimana untuk membesarkan ketiga-tiga bayi itu.
Suaminya hanya membawa pulang berpendapatan sekitar 6,000 taka sebulan (S$95) sebagai seorang buruh.
“Saya tidak tahu bagaimana kami mampu menguruskan tanggungjawab besar itu dengan jumlah wang yang kecil ini,” keluh Cik Arifa.
BACA: