Kecoh data peribadi pelanggan Unifi bocor! akhirnya TM buka mulut beri penjelasan
Kebocoran data yang melibatkan butiran peribadi pelanggan perkhidmatan internet Unifi tidak menjejaskan sebarang maklumat kewangan dan kebocoran itu telah pun dibendung,
kata penyedia perkhidmatan itu Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam satu kenyataan rasmi.
Syarikat telekomunikasi itu berkata kebocoran data melibatkan maklumat peribadi pelanggan Unifi seperti nama, nombor pengenalan/pasport negara dan butiran hubungan.
Selain daripada mengesahkan bahawa kebocoran data telah dibendung, TM berkata ia telah mengambil langkah proaktif untuk melindungi data di seluruh platformnya.
@helpmeunifi @unifi only empty reassurances, where is the compensation? https://t.co/oK0holP8dO
— Anas (@anaszokr) July 13, 2023
“TM juga telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan National Cyber Coordination & Command Centre (NC4); Department of Privacy & Data Protection (JPDP) dan Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC).
“TM memberi jaminan kepada semua pelanggannya bahawa perkhidmatan Unifinya kekal beroperasi sepenuhnya tanpa memberi kesan kepada pengguna,” jelas syarikat komunikasi itu.
BACA: