Gara-gara tak mampu bagi wang belanja sekolah, kanak-kanak ini terpaksa ponteng sekolah walaupun dapat RMT

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara tak mampu bagi wang belanja sekolah, kanak-kanak ini terpaksa ponteng sekolah walaupun dapat RMT

Setiap daripada kita pasti mempunyai ujian hidup yang tersendiri. Kadang-kadang diuji dengan masalah kewangan, masalah kekeluargaan dan sebagainya.

Begitu juga dengan sebuah keluarga yang berasal daripada Kampung Berhala Lima, Limbat.

Gara-gara tak mampu bagi wang belanja sekolah, kanak-kanak ini terpaksa ponteng sekolah walaupun dapat RMT

Diuji dengan masalah kemiskinan

Keluarga tersebut telah diuji dengan masalah kemiskinan sehingga anak-anak mereka terpaksa ponteng sekolah kerana tidak mampu untuk menyediakan wang saku.

Suaminya bekerja tidak tetap iaitu mengambil upah mengecat rumah dengan pendapatan lebih kurang RM50 sehari dan isterinya juga bekerja tidak tetap sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM60 sehari.

Anak sulung mereka yang sedang berada disekolah menengah dan anak keduanya yang sedang berada disekolah rendah dikatakan tidak dapat kesekolah kerana mereka tidak dapat memberikan wang saku.

Walaupun anaknya memperolah rancangan makanan tambahan (RMT) tetapi mereka tidak dapat menahan lapar kerana mereka mempunyai kelas fardhu ain pada waktu petang.

Mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Keluarga tersebut memberitahu bahawa mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM700 sebulan.

Namun, menurut mereka wang tersebut tidak mencukupi kerana dia perlu membeli susu dan pampers anak-anak mereka yang masih kecil.

Kelurga tersebut juga memberitahu bahawa sekarang mereka tinggal ditaman perumahan terbengkalai dan kemungkinan mereka terpaksa berpindah kerumah kosong yang juga terbengkalai kerana rumah tersebut telah dibeli orang.

BACA:

Kerajaan dituduh beri IC kepada warga asing, abai rakyat Sabah Sarawak, sekali ini kisah sebenar yang Perdana Menteri jelaskan

“Cikgu, saya blank tiba-tiba saya rasa otak saya kosong, ‘trial’ saya dapat A+” tetiba rasa keibuan saya hadir..tanpa sedar sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan mintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah”