“Laki aku hilang masa aku bersalin, senyap-senyap dia bawa balik ‘maid’, tak sangka ini yang dia hadiahkan masa birthday aku!”
I selalu pesan dekat husband… Kalau satu hari nanti, you ada suka dan cinta perempuan lain selain I, I tak nak tau you couple dengan dia lama lama.
I tak nak you bawak dia ke hulur hilir. I tak nak you check in dengan dia padahal korang bukan suami isteri. I nak, you bagi tahu i.
“Laki aku hilang masa aku bersalin, senyap-senyap dia bawa balik ‘maid’, tak sangka ini yang dia hadiahkan masa birthday aku!”
Then, kita bincang untuk halalkan hubungan dia dengan U.
I tak nak you berdosa sebab maksiat tu.And if you dah kahwin dengan dia, i takkan mintak cerrai sampai you sendiri lepaskan i or you sendiri dah tak mampu nak berlaku adil dekat i dan anak anak.
Itu pesan aku pada suami 5 tahun lepas. Dan ya, benda tu jadi kenyataan. Pada ulang tahun ke-10 kami, aku dicerraikan dengan talak 1. Waktu tu anak sulung baru berusia 5 bulan. Sumpah sedih. Dia tak buat macam apa yang aku kerap pesan dekat dia.
Dia dan scandal dia kahwin dekat Thailand. Dan tahu tahu dah beranak pinak. Masa aku sarat mengandung dan kena tahan dekat wad sebab Dr takut ada k0mplikasi pada bayi dalam rahim aku, masa tu suami aku menghilang.
Aku whatsapp dia tak balas. Aku call dia tak angkat. Family dia pun tak tahu mana dia pergi. Masa tu aku dah syak something yang mencurigakan pada suami. Tapi aku husnuzon. Masa aku bersalin, suami tetap tak ada dengan aku. Barang barang bayi aku, barang barang aku, semua adik adik aku yang packing dan hantar ke wad aku.
Laki aku? Dia hilang. Hilang yang tanpa khabar. Lepas aku bersalin, aku berpantang di rumah mak mertua. Mak mertua aku sumpah sedih bila tahu yang anak dia tak ada masa aku bersalin apa semua. Mak mertua aku ada cuba call suami, tapi macam aku… Still tak diangkat call tu.
Lepas tu abang ipar aku cuba contact dengan laki aku by fb messenger… baru lah laki aku balas. Dia kata dia busy kerja plus outstation. Line dekat tempat dia belerja tu selalu ada masalah tu yang tak dapat call apa semua.
But abang ipar aku sebagai abang yang memahami adik dia, dia tahu serba sedikit benda yang aku tak tahu. Pelan pelan abang ipar aku pujuk mak mertua untuk bagi tahu aku yang hakikat sebenarnya suami aku dah berkahwin lain di Thailand.
Plus abang ipar kenal perempuan tu dan perempuan tu ada update dekat facebook yang dia dah berkahwin siap tag husband aku punya facebook. Bila mak mertua aku cakap benda tu, aku cuma mampu senyum.
Mak mertua aku sampai demam bila dapat tahu anak dia buat macam tu dekat aku yang masa tu sarat hamil. Tapi aku sikit pun tak pelik, aku dah agak benda macam ni akan berlaku.
Aku tak salahkan suami aku 100% sebab dalam kes ni aku banyak salah jugak. Kalau aku sendiri yang tak mengalu alukan orang ketiga dalam hubungan suami isteri ni, benda tak akan jadi. So cerita macam ni. 7 tahun lalu, selepas berjuang 3 tahun untuk mendapatkan zuriat pertama, aku ada maklumkan dekat suami yang aku rasa macam putus asa.
Aku rasa stress jugak bila jadi suri rumah full time padahal kata sepakat tu dah dicapai sebelum kahwin lagi yang aku akan jadi suri rumah. So aku mintak izin pada suami since aku ada PhD , aku nak lah apply kerja berkait bidang aku.
Suami ada kata yang bila aku start kerja dalam bidang aku, aku akan busy. Aku akan tak ada masa bersama so on. Tapi aku tetap berkeras untuk bekerja. Aku siap berjanji untuk bahagikan masa apa semua. Dijadikan cerita aku pun diterima masuk ke dalam satu syarikat ni dengan jawatan dan gaji berpatutan.
Kerja aku memang busy. Kerap outstation and kadang aku rasa hidup aku adalah untuk kerja. Ada jugak kerja yang aku bawak balik ke rumah. Masa tu husband adalah suarakan pendapat dia dan luahan dia. Tapi sebab masa dia cakap tu aku tengah sibuk, jadi dengar telinga kanan keluar telinga kiri jer.
Rumah memang tak terurus masa tu. Pakaian kotor berlambak, pinggan tak basuh, dan memang hari cuti pun aku sibuk bekerja.Dan di situ bermulalah pertikaian kami laki bini.
Aku geram bila suami cakap aku tak reti bagi masa siap kata tak reti urus rumah bagai. Aku cakap lah dekat dia, kalau susah sangat, ambiklah pembantu rumah. Ingat aku 24 hour nak urus rumah. Dah tu kerja aku macam mana?
Masa tu memang aku cakap ikut sedap mulut dan ikut emosi jer. Sejak tu husband aku dah tak gaduh or pertikaian isu aku, kerja, dan urusan rumah. Tapi isu baru pula timbul. Pasal nafkah batin. Aku terlampau sibuk sampai aku jadi terlampau penat.
Jadi, bila dia ajak bersama, aku kerap tak ada masa. Bila dah kerap jadi macam tu, dia dah tak mintak aku untuk bersama. Dia akan tunggu aku yang mintak. Tapi still lah ada masa untuk bersama, namun taklah macam masa awal awal kahwin dulu.
5 tahun berlalu, husband aku mula lepak dengan kawan kawan dia macam masa dia bujang.Tapi sikit pun aku tak pertikaikan. Dia balik 2-3 pagi pun aku tak kisah sebab aku anggap benda tu biasalah laki lepak dengan member member memang lah lama.
Banyak benda nak diborakkan. Sampai satu hari tu aku ada perasan baju yang dia pakai tu ada bau minyak wangi perempuan dan sah sah bukan minyak wangi aku. Maka aku bertekak lagi dengan dia sampai dia keluar rumah dan tak tido dekat rumah untuk 2-3 minggu.
Tup tap dia balik rumah siap bawak sorang perempuan ni. Dari pertuturan dengar macam bahasa Indonesia. Husband aku cakap yang perempuan tu akan jadi pembantu rumah aku. Bila aku tanya mana husband aku jumpa, dia cakap kawan kawan dia yang suggestkan.
Okay, masa ni aku masih husnuzon. Dan aku pun busy macam biasa. Outstation makin menjadi jadi. Sampaikan tahun ke 9 perkahwinan kami tu aku dapat tahu yang aku pregnant. Aku inform dekat suami dan dia happy sangat. Dia pujuk aku untuk berhenti kerja sebab dia risau keadaan aku dan anak dek kerana kerja aku agak berat.
Tapi aku berdegil untuk terus bekerja. Dan ya… bila baby lahir tu terjadilah kisah diawal cerita yang aku ceritakan. 5 hari lepas aku selesai berpantang, tepat hari jadi aku… Husband cerraikan aku.
Abang ipar aku masa tu rasa serba salah sangat sebab tak ceritakan hal sebenar atas alasan tak nak masuk campur urusan aku dan suami. Dia cakap, kawan laki aku tu adalah kawan dia jugak. Abang ipar aku ni kerap lepak dengan suami dan kawan kawan dia.
Dia cakap, suami aku kerap jugaklah cerita pasal isu rumah tangga dekat kawan kawan since dia sendiri rasa tak ada tempat untuk bercerita. Abang ipar aku kerap tegur, tapi laki aku ni tetap nak cerita.
Jadi abang ipar aku rasa tak selesa bila lepak sebab dua rasa nak marah dekat suami aku sebab cerita benda yang tak sepatutnya. Lagi dia rasa nak marah bila kawan kawan dia pun dok cucuk suami untuk kahwin lain siap suggestkan perempuan bagai.
Sejak tu abang ipar aku jarang dah lepak dengan suami. Perempuan yang suami aku kahwin tu bukan maid dari Indonesia pun. Dia tu sebenarnya GRO yang suami kerap langgan bila lepak dengan kawan dekat pub.
Aku jer bdoh sebab percaya ada maid muda cantik macam tu. Kan dah kena cerrai. Tapi aku harap benda ni jadi pengajaran lah dekat bini bini yang mungkin rasa korang ada certificate pelajar tinggi, gaji besar, kerja bagus.
Kadang kita pilih untuk bekerja berbanding jadi suri rumah sebab kita kurang bersyukur. Sikit sikit Allah tarik rezeki yang Dia bagi. Dari rumah tangga yang harmoni, terus jadi terumbang ambing.
Antara Reaksi Reaksi Warganet.
Doreen Doreen – Ntahla awak. Isteri asben awak tu dahla jumpa dekat tempat haram, kahwin pon sembunyi sembunyi. Kalau awak yang cerdik pandai jaga ikhtilat ni pon dia tak boleh nak bimbing, tak boleh nak handle.
Agak agak bini GR0 dia tu dia boleh bimbing ke arah kebaikan ke? I doubt he can’t. His current wife will be his biggest challenge and maybe will be his biggest kifarah la.
U just wait and see jelah, so stop blaming urself. Tapi kan seriuslah, ada ye lelaki yang nak anak dilahirkan dari rahim seorang perempuan GR00? Apalah jenis keturunan yang akan dihasilkan nanti… Nauzubillah.
Aslina Majid – Aku ni kadang kadang curious jugak. Pompuan ni kalau kerja ke tak kerja ke jadi suri rumah ke manjang bz. Kalo lelaki pulak kadang kadang tu waktu kerja lebih kurang je dengan waktu kerja bini.
Tapi kebanyakkan cerita kalau curang ni siap ada skandal semua. Depa dekat tempat kerja tak bz ke weh. Curious curious.Orang ada skandal ni mesti banyak masa lapang sebab sempat melayan skandal semua kan.
Hafizah N – Sebenarnya bukan isu isteri bekerja atau jadi suri rumah punca husband cari lain. Isteri baik macam mana pun, kalau dia dah ada pilihan lain, dia kawen juga.
Jangan salahkan diri sendiri. Tak rugi dia cerraikan tt. Langgan GR0 tu pun dah tak bermoral. Kang tak pasal pasal dapat penyakit lain.
Mzai Zi – Takyah rase ralat dan salahkan diri sendiri. Rugi suami puan. Buang yang ada PhD tapi digantikan dengan GR0. Bkn senang nak didik GR0 ni. Saya doakan puan dapat suami lain yang ada PhD dan yang punya pemikiran yang sama nanti
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio