‘Gayat tergantung di udara, ajal pula menjengah’, penumpang panik tiba-tiba roller coaster tiba-tiba tersangkut

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

‘Gayat tergantung di udara, ajal pula menjengah’, penumpang panik tiba-tiba roller coaster tiba-tiba tersangkut

GAYAT ‘tergantung’ di udara, maut pula menanti.

Begitulah kisahnya apabila beberapa pengunjung festival di Wisconsin, Amerika Syarikat terperangkap dalam roller coaster selama tiga jam.

'Gayat tergantung di udara, ajal pula menjengah', penumpang panik tiba-tiba roller coaster tiba-tiba tersangkut

Kejadian pada Ahad lalu itu dimaklumkan berpunca dari masalah teknikal pada permainan yang menyebabkan gangguan pada pengoperasiannya.

Suasana ceria sekitar sambutan festival di tapak acara di Crandon bertukar riuh apabila sebahagian penumpang dilihat tergantung dalam gerabak yang berhenti di pertengahan landasan.

Dalam video tular di media sosial, beberapa anggota penyelamat diperhatikan cuba menaiki tiang rel menggunakan kren untuk menyelamatkan mangsa.

“Kami diberitahu roller coaster itu berhenti secara tiba-tiba pada kedudukan menegak, berdasarkan dari apa yang kami tahu ia berpunca dari masalah teknikal.

“Setakat masa sekarang, kami belum ada maklumat lanjut, tetapi permainan itu sudah diperiksa oleh pihak berkuasa Wisconsin baru-baru ini,” kata Kapten Brennan Cook daripada Jabatan Bomba Crandon.

Kesemua penumpang berjaya diselamatkan tanpa kecederaan dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

Beberapa hari sebelum kejadian di festival Wisconsin, sebuah taman tema diarah tutup selepas pengunjung mengesan keretakan pada tiang yang menyokong landasan roller coaster.

BACA:

Dihimpit dengan kemiskinan, bapa tak mampu bayar kos pengebumian, simpan jenazah anak dalam peti sejuk

Tular video tiktok ada individu tercicir seluar dalam di pawagam, buat apa sampai tertanggal seluar dalam tu?