Ingatkan cerita rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati, rupanya cerita the conjuring tu sebenarnya kisah benar!

Oleh INFORAKYAT

Ingatkan cerita rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati, rupanya cerita the conjuring tu sebenarnya kisah benar!

The Conjuring adalah antara franchise filem seram terbaik yang diminati oleh ramai orang di seluruh dunia.

Malah ia turut dipuji oleh pengkritik-pengkritik filem ekoran gambarannya yang nampak sangat realistik.

Ingatkan cerita rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati, rupanya cerita the conjuring tu sebenarnya kisah benar!

Korang semua mesti dah tahu yang filem-filem Conjuring ini diambil dari pengalaman sebenar pasangan penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya kisah keluarga Perron di dalam The Conjuring dan rumah berhantu di Enfield dalam Conjuring 2 yang sebenar lagi seram dari apa yang korang tengok tau. Jom baca!

Ed Warren merupakan bekas tentera Perang Dunia ke-2 dan bekas pegawai polis yang kemudiannya menjadi seorang pakar benda-benda ghaib selepas mempelajari tentang perkara ini. Manakala isterinya, Lorraine pula mendakwa dia merupakan seorang peramal dan perantara yang mampu berkomunikasi dengan syaitan yang ditemui oleh suaminya.

Pada 1952, Ed dan Lorraine telah menemui sekumpulan pemburu hantu tertua di New England sebelum menjadi terkenal selepas membuat siasatan ke atas rumah berhantu Amityville.

Antara kes mereka yang dikenali orang adalah kes dua keluarga yang dikacau oleh hantu seperti yang ditunjukkan di dalam The Conjuring dan Conjuring 2.

Kisah benar The Conjuring: The Perron family
Janet Hodgson 800 0A7B66B7Eb5B4B55Ac82Cd4644F476E2

Pada Januari 1971, keluarga Perron telah berpindah ke sebuah rumah ladang 14 bilik yang terletak di Harrisville, Rhode Island. Ini merupakan permulaan episod di mana Carolyn, Roger dan lima anak-anak perempuan mereka mula perasan perkara-perkara pelik yang berlaku sejurus selepas mereka pindah.

Perkara-perkara pelik yang berlaku pada awalnya semua kecil-kecil macam Carolyn perasan penyapu tiba-tba hilang atau bertukar-tukar tempat. Dia kemudiannya mula mendengar bunyi seperti orang tengah kikis cerek dekat dapur walaupun tak ada orang dekat sana atau kotoran di atas lantai walaupun ia telah dibersihkan.

Anak-anaknya pula mula perasan ada makhluk halus disekitar rumah, walaupun kebanyakannya tak kacau orang, ada beberapa mahkluk halus yang seakan-akan marah.

Ekoran ini, Carolyn mula mencari sejarah rumah tersebut dan menemui bahawa keluarga yang sama telah tinggal di rumahnya sebelum ini selama lapan generasi dan kebanyakan dari mereka mati dalam keadaan misteri dan menakutkan. Ada yang mati lemas dalam anak sungai berhampiran dan ada juga yang gantung diri mereka di loteng.

Perron House Old
Bukan tu je, ada dakwaan mengatakan berlakunya pembunuhan dalam rumah tersebut serta ada individu yang kejam dan ganas pernah tinggal di sana pada satu masa.

Salah satu makhluk yang turut ditayangkan di dalam filem adalah antara yang paling teruk antara semua, Batsheba.

Siapa pun mahkluk tu, dia gelar dirinya sebagai wanita yang menjaga rumah tersebut dan dia tak suka kehadiran ibu saya yang mahu mengambil alih posisinya itu.” – Andrea Perron

Rupanya, memang ada orang dengan nama yang sama Batsheba Sherma yang pernah tinggal di rumah tersebut pada pertengahan tahun 1800-an. Dikatakan, dia merupakan seorang pemuja syaitan dan terdapat beberapa bukti menunjukkan yang dia telah terlibat atas kematian seorang anak jirannya walaupun dia tak pernah dibicarakan. Batsheba telah dikebumikan di perkuburan Kristian di Harrisville.

Keluarga Perron percaya bahawa roh Batsheba telah mengganggu mereka. Menurut anak sulung, Andrea, keluarganya mula mengalami bau-bau seperti daging busuk sebelum katil-katil di rumah tersebut mula terangkat.

Andrea juga mendakwa bapanya akan masuk ke dalam ruang bawah tanah yang mula merasakan ada benda dibelakangnya. Mereka juga selalunya akan elak dari masuk ke tempat tersebut tapi alat pemanas biasanya akan buat hal menyebabkan bapanya, Roger terpaksa turun ke bawah.

Selama sepuluh tahun keluarga ini tinggal di sana, Warrens telah melawat mereka beberapa kali untuk membuat siasatan. Pernah sekali, Lorraine membuat upacara untuk menghubungi roh-roh yang telah mengganggu keluarga tersebut. Ketika upacara tersebut dibuat, Carolyn Perron telah dirasuk, mula bercakap dengan bahasa yang tak difahami serta terapung ke udara dari kerusinya dan tercampak ke dinding.

Selepas upacara tersebut, Roger telah menghalau Warrens keluar dari rumahnya kerana risaukan kesihatan mental isterinya. Menurut Andrea, keluarganya terus tinggal di rumah tersebut ekoran mengalami masalah kewangan sehingga mereka berpindah pada tahun 1980. Ketika itu, roh-roh di sana telah pun diam dan kekacauan terhenti.

Enam tahun selepas keluarga Perron diganggu oleh makhluk halus, satu lagi keluarga di Enfield, England mula mengalami pengalaman yang sama.

Pada Ogos 1977, keluarga Hodgson mula melihat dan mendengar benda-benda yang pelik. Janet, yang berusia 11 tahun pada ketika itu masih ingat bila dia sedang duduk di atas katil, dia melihat mejanya tiba-tiba bergerak di dalam bilik yang dikongsikan dengan adiknya itu.

Kemudiannya, keluarga ini mula mendengar bunyi ketukan di dalam rumah mereka. Janet masih ingat ibunya ingatkan ada perompak yang sedang bersembunyi dan menelefon polis untuk siasat.

Polis yang tiba selepas laporan dibuat itu turut menyaksikan sendiri kerusi di dalam rumah tersebut terangkat dan bergerak dengan sendiri. Wartawan dari Daily Mirror juga turut dipanggil untuk membuat laporan mengenai kejadian ini juga turut alami kejadian-kejadian pelik.

Permainan lego dan guli dilaporkan terbang dan panas bila cuba diangkat. Baju-baju yang telah dilipat dan diletakkan di atas meja juga akan jatuh dan terbang dengan sendiri. Bunyi anjing menyalak akan kedengaran dari bilik-bilik kosong, lampu pula mula berkelip-kelip, duit syiling tiba-tiba jatuh tanpa sebab dan perabot akan berpusing atau terjatuh tanpa disentuh.

Kemudian, ada satu hari, besi tempat pendiang api di bilik atas tiba-tiba tercabut sendiri dari dinding. Selepas itu, penyiasat paranormal dari serata dunia mula datang dan mendakwa mereka boleh menghubungi roh-roh di sana.

Kebanyakan dari mereka mengatakan bahawa kanak-kanak ini telah mereka cerita tentang penampakan mereka kerana salah seorang dari mereka mengaku pernah berpura-pura diganggu.

Tapi bagi Ed dan Lorraine lain pula, mereka tiba dan terus percaya terdapatnya gangguan makhluk halus di rumah tersebut. Namun dakwaan pasangan ini tak diendahkan sehingga ada yang menuduh Ed sengaja membesar-besarkan cerita dan selalu buat gangguan hantu jadi rasukan syaitan.

Pada 1979, dua tahun selepas gangguan tersebut bermula, ia berhenti secara tiba-tiba walaupun keluarga ini mengatakan yang mereka tak ada buat apa-apa untuk hentikan gangguan tersebut.

BACA:

Pekerja pasaraya jumpa duit RM18 ribu berkepuk dalam troli, sekali ini yang dilakukan oleh beliau

Bekas Setiausaha sulit pemimpin Bersatu kantoi tipu projek kerajaan RM8 juta