Nafsu tinggi punca bini lebih pilih penyondol, tergamak tinggalkan suami dan anak
Setia atau curang, bukan bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran.
Curang itu satu pilihan, kau memilih untuk mendua atau setia itu pilihan kau.
Setiap pilihan itu risikonya tetap ada. Kifarah tetap ada atas kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan. Manusia diberi akal untuk berfikir dan membuat pilihan bijak.
Orang yang pilih curang bukan disebabkan pasangan tak pandai menjaganya, tapi dia tu tak pandai setia. Kalau dia setia, dia tak curang. Pasangan dia kerja bagus mana pun, baik mana pun, lawa hensem mana pun, badan solid atau sado pun kalau dia nak curang tetaplah curang. Di jaga baik macam mana pun, bila dah ada orang ketiga pasangannya tetap salah dimatanya.
Apabila akad telah berlaku bererti kita telah berjanji dengan ALLAH untuk terima baik buruk, segala keburukan dan kelemahan pasangan. Kebanyakan orang yang curang tak reti bersyukur. Tak payah duduk berjauhan yang berkepit sentiasa, perut dan ranjang juga ketrampilan di jaga kalau jenis tak setia, curang juga.
Jenis yang tak pandai menghargai, tunggulah kifarah dari ALLAH. Sekarang ni curang dah jadi lumrah. Kat mana pun boleh curang, jangan salahkan takdir. Lelaki atau perempuan sama je, sama-samalah muhasabah diri.
Mempersia-siakan pasangan, menciptakan pelbagai alasan untuk curang. Memang sakit apabila di curangi, apabila diperbodohkan dibelakang. Terima segala ujian ini dengan redha. Dah pasangan pilih untuk curang, nak buat macam mana kan? Kasih sayangnya bercabang. Pasti ada hikmahnya. Keep strong, jangan dirayu pada yang tak sudi.
Tak payah gaduh berebut-rebut. Orang yang dah biasa curang, bagi peluang dua tiga kali akan tetap sama. Insaf sekejab je. Ada yang halal nak juga yang haram. Percayalah, setiap pengkhianatan pasti ada kifarahnya. Nanti baru diaorang tahu langit tinggi rendah.
Suami orang, bini orang suka luah masalah rumahtangga kat orang lain. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, dua-dua gatai. Sibuklah jaga rumahtangga dan jaga anak sendiri bukan sibuk melayan nafsu. Dua-dua tak ada adab, tak tahu jaga maruah.
Bila dapat kenal yang baru, taik pun dikatanya wangi. Langau dah jumpa sampah gitu lah. Syaitan kalau dah berjaya menghasut akan bertepuk tangan, manusia dapat dosanya. Apa pun alasan yang dibagi semua tu hanyalah untuk menutup kecurangan. Kalau dah gatal bagi seribu alasan pun tak guna.
Dah berpunya tetapi melayan, dah tersuka dikatanya takdir, ini sampah!. Curang tu pilihan, berkahwin pun pilihan kau sendiri. Menjadi perosak rumahtangga orang dan menjadi penyondol tak rela pun pilihan. Tiada kesilapan dalam Dunia ni, semua ada pilihan.
Kalau curang itu pilihan, bahagia pun pilihan. Buat apa nak membazirkan airmata untuk orang yang tak reti menghargai. Slow slow move on walaupun bukan mudah. Semua orang berhak bahagia. Carilah kebahagian masing-masing asalkan tak menyusahkan orang lain.
BACA:
Kecoh video pekerja biar anak kencing di dapur restoran, ini nasib restoran lepas itu