Kerja menulis pun dah pakai robot macam kilang? Majalah National Geographic tiba-tiba berhentikan semua pekerjanya

Oleh INFORAKYAT

Kerja menulis pun dah pakai robot macam kilang? Majalah National Geographic tiba-tiba berhentikan semua pekerjanya

Majalah lagenda berlogo segi empat tepat berwarna kuning, National Geographic telah memberhentikan kesemua kakitangan penulis terakhirnya pada minggu ini.

Seramai 17 jawatan editorial, termasuk semua penulis kakitangan penerbitan, seluruh kakitangan podcastnya dan sekumpulan editor.

Kerja menulis pun dah pakai robot macam kilang? Majalah National Geographic tiba-tiba berhentikan semua pekerjanya

termasuk seorang yang telah berkhidmat selama hampir 40 tahun terkesan, kata salah seorang pekerja terjejas kepada CNN.

Pemberhentian yang telah diumumkan kepada kakitangan pada April lalu, adalah sebahagian yang terkesan dengan keputusan syarikat induk Disney yang mengakibatkan beribu-ribu jawatan dipecat di seluruh gergasi media itu.

National Geographic yang mempunyai lebih 1.7 juta pelanggan pada akhir 2022, akan terus menerbitkan majalah bulanan, kata jurucakap majalah itu kepada CNN dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

Kakitangan sepenuh masa akan digantikan dengan penulis bebas, kandungan digital tertentu yang akan ditulis oleh editor dalaman, kata bekas kakitangan itu.

Pada masa ini majalah itu hanya beroperasi menggunakan dua editor teks tetap, sekumpulan editor yang mengendalikan kedua-dua platform cetakan dan digital, dan sekumpulan editor digital sahaja, kata bekas kakitangan itu.

Anda boleh lihat reaksi penulis-penulis yang terjejas dengan pemberhentian jawatan mereka di bawah

BACA:

“Saya sebenarnya ibu tunggal, ibu tunggal hamil dengan suami orang” – kisah realiti kehidupan akhir zaman