“Aku tanya,’ada ambil lauk lain lagi ke?’ Customer jawab ‘takda, ni ja la kak’. Maka aku pon selamba kira sekali lauk yang disorok tu. Elok-elok RM 5, aku kira jd RM 8”
Aku kerja dekat cafe Universiti buat sementara. Aku ingat dah nama pelajar U mesti semuanya beradab.
Satu hari pelajar yang sama datang cafe, ambik lauk biasa je tapi aku caj Mahal! Dia terus tak puas hati. Aku tak banyak cakap terus tunjuk CCTV muka dia terpampang..
Sebelum tu, terima kasih admin sudi post story aku. Aku Maisarah (nama ni masa kerja ja orang panggil, padahal nama aku lain). Nak kongsi satu pengalaman masa aku kerja kedai makan. Lama dah aku tulis, tapi terdelete pulak dekat ruang confession tu, jadi malas nak tulis balik.
Punca aku nak tulis balik sebab aku terjumpa satu post dekat satu facebook page berkenaan pelanggan di kedai makan. Ada setengah yang komen siap kata, “dah namanya kerja, hadap je la” hehehe, tapi tak salahkan kalau aku kongsi.
Pengalaman aku kerja fnb (food and beverage) ni tak la lama, lagi-lagi aku ni banyak jadi kuli ja. Biasalah isi masa lapang. Aku mula terlibat fnb ni masa umur aku 13 tahun lagi. Aku berjinak ikut susun katering, habis SPM pon aku kerja cashier dekat satu kafe universiti.
Masa kat kolej aku part time la tolong acik kafe. Kadang-kadang jaga booth atau jadi waitress kalau acik kafe tu ada katering kenduri. Sementara dapat kerja tetap, aku kerja sementara jadi cashier jugak dekat kafe IPTA.
Disebabkan aku ni kuli ja, jadinya aku banyaklah jumpa bermacam jenis pelanggan. Bak kata orang, anak muda la yang bakal mencorakkan negara kita satu hari nanti. Jadi sedikit sebanyak aku nak share pe’el pelanggan kedai makan yang mana kebanyakkan pelanggan aku adalah student (yang sepatutnya berpelajaran la kan sebab berjaya masuk IPTA/IPTS).
1. Sorok lauk. Masa aku jadi cashier, mestilah aku yang kene kira nasi campur tu. Kalau jadi cashier, mestilah aku kira apa yang aku nampak, takkanla aku nak selak-selak nasi customer kot. Tak molek la tu. Tapi lagi tak molek bila cek balik CCTV, ada setengah pelanggan yang ambil lauk sorok bawah nasi.
Lepas tu masa dekat cashier bukan nak cakap dia ambil lauk apa. Jadinya aku boleh anggaplah sebagai mencuri kan. Pernah satu hari tu orang yang sama buat perangai tak elok ni datang kafe, aku yang dekat kaunter ni perhatikanlah dia.
Boleh pulak customer ni buat perangai sama juga. Masa nak bayar tu aku ada tanya, “ada ambil lauk lain lagi ke?” Customer jawab “takda, ni ja la kak”. Maka aku pon muka selamba kira sekali lauk yang disorok tu. Elok-elok total RM 5, aku kira la RM 8. Boleh pulak dia buat muka tak puas hati kenapa harga lain dari yang biasa. Aku malas nak cakap banyak, aku tunjuk je la CCTV, baru dia diam.
3. Demand besar bayar sikit. Bab ni pulak, walaupun aku kuli. Tapi ada la sikit-sikit aku tahu pasal stock makanan, belanja dapur harian, stock bahan kering bulanan macam mana. Selalunya bab demand ni berlaku pada kuantiti dan jenis lauk la.
Kita orang melayu tak lari dari pedas dan berkuah, jadi bab ni mesti habis punya. Cerita pasal kuah, aku nak tengok jugak komen-komen pembaca nanti. Selalu kalau dekat kedai makan, kuah tu free ke. Hehhehe tanya ja.
Pernah juga pengalaman aku masa kerja dekat kafe IPTA ni, kafe aku kerja tu dekat asrama ja yang mana, memang jauhlah dengan blok akademik. Jadinya pelanggan aku ramai dari kalangan student bukan lecturer. Student pon jenis jimat-jimat, harap duit PAMA, PTPTN ke atau biasiswa lain.
Yang perempuan jangan cerita la, selagi jimat boleh masak sendiri jadinya mestilah jarang beli makanan di kafe. Kadang-kadang perempuan nak jimat ni jenis berkongsi satu bekas tapi ambil untuk 2 kuantiti. Ada juga customer aku perangai macam ni.
Ada student perempuan ni datang dengan kawan dia. Tapau makanan. Dah dia tapau betul-betul depan aku, mestilah aku dengar apa dia cakap dan dia buat dengan kawan dia. Kawan dia siap bisik-bisik, ambil la banyak, penuh-penuh boleh makan sampai malam.
Lepas tu dia dengan kawan dia ambil la lauk ayam masak paprik. Pembaca mestilah pernah jumpa lauk macam ni, jenis yang ayam tu potong kecik-kecik masak paprik. Selalunya kedai akan buat untuk bahagian isi la.
Disebabkan ayam paprik tuk dimasak dengan lengkap bersama sayur carrot dan kacang panjang, jadi itu juga akan dikira. Yang terjadi adalah, mungkin student tu agak lauk tu murah kot. Dia dengan kawan dia bungkus la satu plastik 7 x 10, bukan separuh ya, tapi penuh.
Sampai part dekat kaunter bila aku kira, kebetulan ada manager aku. Aku pandang manager aku, manager aku pandang aku. Masing-masing duk bersalah nak kira. Tapi aku ni sebab dah hadap perangai student dekat situ, aku dah jadi hati kering la bila nak kira makanan tu.
Student tu terkejut la jugak sebab total aku kira RM12 walau dia ambil nasi dan lauk ayam paprik sahaja. Kalau lelaki pulak jenis makan ambil kuantiti banyak. Aku tak kisah nak ambil 10 pinggan sekalipon, tapi bayarlah untuk 10 pinggan. Bukannya bayar 2 pinggan ja. Kata mudahnya kalau nasi 3 senduk penuh takkanla orang kedai tu masih cas RM1 kot kan. Faham-faham la.
4. Awal bulan kayangan, hujung bulan kekurangan. Part ni biasa la, mana student jenis ada elaun bulanan tu macam biasa. Bila tiba elaun masuk, masa tu la berduyun makan makanan hispter, order kepci, pijah hot, makanan panda dan lain-lain.
Biasala tu aku dulu pon masa belajar, duit biasiswa masuk aku makan luar. Yela sekali sekala. Tapi masalahnya wujud adanya sikap kurang ajar di hujung bulan bila poket menipis. Dah nama student mesti akan cari nasi bujang, tu pon paling mewah selain Maggi.
Kisahnya ada sekumpulan student ni.. orang senang mungkin atau pura-pura senang. Aku akan nampak kumpulan ni bila hujung bulan, atau pihak kolej tak benarkan keluar atau pulang ke rumah. Selalunya dalam satu kumpulan ni ada 10 orang macam tu, akan order nasi bujang (ada nasi, telur, sambal belacan, timun, sup, RM 3).
Aku bersyukur adanya kumpulan ini sebab beli 10 pinggan, tapi yang tak seronoknya bila ada yang cakap kuat-kuat, “Mahalnya, nasi bujang RM3, tempat saya 2 setengah ja,” katanya dengan dialek negerinya yang dia ingat aku tak faham.
Sejak tu aku malas layan kalau kumpulan ni datang. Ambil lauk campur pon sama, kuah banjir tapi nak bayar berkira sungguh. Siap bandingkan dengan negeri dia la apa. Pakai iPhone, tapi makan berkira. Sebenarnya ada banyak point jugak aku nak tulis, tapi lupa dah yang lain-lain tu.
Kesimpulannya tak kira la kita ni ada Dato ke Menteri ke Doktor ke Pengarah ke, dah masuk tempat orang tu jadilah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Walau dia makcik kafe, pelayan kedai makan, tukang cuci pinggan, bila kita dah pegang title pelajar, biarlah ada sekelumit hormat.
Percayala, makcik kafe tahu je student ni takda duit banyak nak makan, makan pon bajet-bajet. Masa aku kerja dulu, memang nampak la pelanggan (student) yang berjimat, makan nasi dengan telur ja hari-hari. Kadang-kadang aku yang jaga aku selalu juga beritahu manager aku, nanti pandai-pandailah manager aku adjust sekali sekala untuk tambah lauk customer macam ni.
Selalu la baik dengan orang macam ni. Kalau kita baik dengan dia, kadang-kadang kau tido kat bilik pon dia boleh kirim makanan dekat kau (ibarat ja). Ya masa aku kerja aku boleh nampak macam mana boss aku layan regular customer, siap jadi anak angkat.
Even pernah ada problem makanan pon elok ja dia kritik, kita pon yang dengar pon okay la buat baru, refund. Dapat customer yang jarang-jarang datang, tapi layanan macam kedai hipster dia selalu pergi tu, minta jauh la.
Boss aku nak bagi free pon tak jadi. Lagi satu, kalau dah ambil makanan segunung, tak payah la perli orang kedai tu kata, “ala cik, sedekah la cik. Nanti kedai takde orang baru tahu,” ni dari mulut student tau. Padahal kau tak tahu orang tu sedekah dia dekat mana, siap doa tak elok pulak.
Banyak kali je customer suka cakap macam tu bila aku jadi cashier. Dari sini aku belajar, selalu buat baik dengan semua terutama yang baya mak abah kita ni. Makcik kafe ke, cleaner ke, tukang kebun. Masa aku belajar dekat IPT ni, orang ni la yang banyak minta tolong.
Kadang-kadang makcik kafe ni selalu juga bagi makan free, kadang – kadang aku ambil nasi dengan sayur ja (sebab mak aku kadang-kadang bekalkan sambal bilis tempe) bukan takda lauk pon. Tapi nak buat macam mana, dah nama rezeki, makcik tu pon belanja la lauk lain. Baik dengan orang, orang baik dengan kita. Tapi kalau dah terjumpa penyangak berlakon baik tu, lain la ceritanya. – Maisarah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Dina Ryoko : Perangai pelanggan ni macam-macam. Masa saya kerja sementara di supermarket di fresh department, saya sakit hati tengok pelanggan yang guna kuku jarinya yang panjang tu cucuk kat buah macam epal dan pear.
Bila dah cucuk, bukan dia nak ambil buah tu untuk dibeli, sebaliknya dia ambil buah baru. Buah yang dicucuk tadi hampir tiada orang yang mahu, dan ini merugikan syarikat kami. Next, ambil barang fresh contoh buah betik.
BACA: