Anthony Loke akan bertanding DUN di Pulau Pinang? Sekali Ketua Menteri Pulau Pinang buka mulut

Oleh INFORAKYAT

Anthony Loke akan bertanding DUN di Pulau Pinang? Sekali Ketua Menteri Pulau Pinang buka mulut

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan desas-desus Setiausaha Agung DAP,

Anthony Loke akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu akan datang dan diangkat sebagai Ketua Menteri

Anthony Loke akan bertanding DUN di Pulau Pinang? Sekali Ketua Menteri Pulau Pinang buka mulut

sama seperti desas-desus beliau akan bertanding di Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Menteri meminta media supaya lebih bijaksana dalam menilai sebarang khabar angin dan menentukan sendiri sama ada dakwaan tersebut berasas atau sebaliknya.

“Kalau langsung tidak berasas anggap khabar angin sahajalah, orang akan ketawa apabila baca, sama macam khabar angin Kon Yeow akan bertanding di Seremban,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan kononnya terdapat ura-ura Anthony yang juga Menteri Pengangkutan akan bertanding di Pulau Pinang pada PRN negeri itu akan datang.

Laporan itu yang memetik sumber dalaman DAP Negeri Sembilan mendakwa, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban akan menjadi calon Ketua Menteri sekali gus menggantikan Kon Yeow sekiranya PH memenangi PRN negeri itu.

BACA:

Pitih abah habis sokmo duk main spin’, Kakak Asif Suhaimi dedah bapa songlap duit anak OKU buat main mesin dan beli pil kuda

“Saya dan bibik baru pertama kali jumpa tapi dia tahu semua pasal saya, dia menangis luahkan segalanya, rupanya ini kerja mertua”