‘Lautan api sanggup ku renangi’, Wanita nekad selamatkan tunang dalam kereta terbakar akibat kemalangan tapi hajat tak kesampaian
‘Lautan api pun sanggup ku renang’. Perumpamaan ini yang selalu digunakan bagi menunjukkan cinta sebenar terhadap individu yang dicintai.
Tapi betul ke sanggup? Kalau korang nak tahu, baru-baru ini di Singapore ada tragis yang boleh dikaitkan dengan perumpamaan diatas.
Kejadian ini berlaku pada Sabtu dimana sebuah kereta BMW M4 berwarna putih berpusing dan merempuh kedai sebelum terbakar. Rakaman CCTV di sana menunjukkan seorang wanita berlari ke arah kereta terbabit dan terus masuk ke dalam api yang sedang marak gais.
Seram pula tengok! Menerusi laporan The Straits Time, kereta yang terbakar itu dipandu oleh tunangnya yang dinaiki bersama empat lagi rakannya.
Pergh! Wanita tu sanggup membahayakan diri untuk masuk ke dalam api yang sedang marak untuk menyelamatkan tunangnya.
Walaubagaimanapun, tunangnya dan rakan-rakan lain maut ditempat kejadian
BACA:
Polis dedah temui dalam ‘history’ telefon Ust Ebit Lew ada carian laman web tak senonoh