Biadab! Ditanya siapa manusia pertama jejak ke bulan, pelajar jawab nama pelakon filem porno buat guru terpinga-pinga
SIAPA sangka usia masih belasan tahun, tetapi fikiran sudah melampaui batas.
Nampaknya segelintir remaja terdedah kepada budaya kuning atau budaya Barat yang tidak bermoral.
Begitulah yang diluahkan oleh seorang guru ganti di sebuah sekolah menengah apabila pornografi dijadikan topik perbualan pelajar di dalam kelas.
Guru berkenaan, Ainul Shuhada berkata, dia bertanyakan soalan kepada para pelajarnya mengenai siapakah manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan.
“Salah seorang pelajar jawab ‘Johnny Simp’ dan seluruh kelas ketawa.
“Saya yang tak faham maksud di sebalik lawak tu terus tanya siapa ‘Johnny Simp’ dan mereka ketawa lagi,” katanya.
Namun apabila diimbas kembali, nama lelaki yang disebut pelajarnya itu merujuk kepada pelakon filem porno yang terkenal.
“Saya ingat saya mungkin tersalah dengar dan murid saya maksudkan orang lain.
“Sumber saya kemudian sahkan lelaki itu adalah pelakon porno,” kata Ainul menerusi satu ciapan di laman Twitter.
Walaupun nama pelakon tersebut disalah eja, rata-rata warga maya masih dapat megenali individu yang dimaksudkan itu.
Tak ada rasa hormat langsung dekat cikgu sampai boleh lawak macam tu.
Guru berusia 27 tahun itu terkejut dan terfikir bagaimana seorang pelajar tingkatan satu secara terbuka menyebut nama pelakon filem porno, malah di hadapannya sendiri.
“Pelajar tersebut rasa benda tu kelakar. Tak ada rasa hormat langsung dekat cikgu sampai boleh lawak macam tu.
“Apabila saya tegur, dia cuma senyum dan tak ada rasa malu pun,” ujar Ainul dengan nada kesal.
Ainul kesal pelajarnya membuat lawak yang keterlaluan. -Gambar hiasan
Ainul turut menyuarakan kebimbangannya terhadap masa depan pelajarnya yang merupakan pelapis negara.
“Adakah ini sikap anak-anak yang akan membesar menjadi dewasa? Dia tak ada rasa malu langsung.
“Kalau saya cuba ajar dia pun, tak ada apa yang akan berubah sebab dia dah dibesarkan dalam persekitaran yang membuatkan dia fikir it’s okay untuk buat macam tu.
“Jadi kita cakap apa pun tak akan masuk otak dia, sebab benda tu dah biasa untuk dia,” tambah Ainul.
Bercakap kepada mStar, Ainul berpendapat ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, di mana ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membimbing anak-anak.
“Anak-anak jadi macam itu sebab dah terbiasa dengar orang sekeliling bergurau isu-isu pornografi. Seperti monyet, dia ikut apa yang dia lihat.
“Nak halang penggunaan phone sepenuhnya pun tak boleh sebab kalau mereka nak, mereka akan cari jalan untuk dapat akses.
Memantau penggunaan alam maya sahaja tidak mencukupi, mereka juga perlu diberikan bimbingan. -Gambar hiasan
“Didikan tu bukan dengan cara menghalang penggunaan gajet semata-mata.
“Didikan perlu bermula dari kecil lagi. Ibu bapa kena tangani isu-isu macam ni. Beritahu anak tentang bahaya dan kesan pornografi,” katanya.
Menurut Ainul, generasi muda seharusnya diberi bimbingan melalui pendekatan yang sewajarnya.
“Kalau kita nak tegur apabila mereka dah cecah usia 12 atau 13 tahun, dah terlambat for me.
“Ketika umur mereka enam tahun, atau dah boleh bercakap dan dengar, kita patut beritahu mereka tentang bahaya pornografi.
Ibu bapa bertanggungjawab untuk membentuk seorang anak yang baik. -Gambar hiasan
“Kita beritahu mereka supaya menjauhi benda itu (pornografi), kita ulang banyak kali. Kita buat persekitaran yang sihat untuk dia untuk dia biasakan diri.
“Jadi, bila kawan-kawan dia ada tunjuk benda lucah, dia akan tahu benda tu salah dan terus jauhkan diri,” ujar Ainul lagi.
Selain itu, Ainul juga menekankan ibu bapa supaya berterus-terang dengan anak-anak dalam isu pornografi.
“Beritahu mereka mengapa benda itu salah. Macam saya, kalau anak buah ada tengok kartun yang pelik, saya akan minta mereka tukar dan saya akan explain.
“Budak-budak boleh faham kalau kita cakap. Tapi jangan tunggu je sampai dah terlambat,” katanya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio