Gara-gara buat report tentang salah laku majikan, lelaki ini terima tiga kepala manusia atas meja

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara buat report tentang salah laku majikan, lelaki ini terima tiga kepala manusia atas meja

MENEGAKKAN kebenaran merupakan satu perjuangan yang penuh dengan rintangan.

Begitulah kisahnya untuk seorang pekerja di organisasi pengurusan pendermaan mayat

Gara-gara buat report tentang salah laku majikan, lelaki ini terima tiga kepala manusia atas meja

apabila dia menerima tiga kepala manusia selepas membuat aduan mengenai keadaan tempat kerjanya yang kotor dan tidak kondusif.

Dale Wheatley merupakan seorang pekerja yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat, dia membuat aduan kepada ketuanya mengenai isu tikus dan pepijat di kawasan tempat kerja.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari membuat aduan, dia menerima ‘jawapan’ yang amat mengerikan apabila tiga kepala manusia ditinggalkan di atas mejanya.

Menurut Wheatley, dia menyuarakan kebimbangannya apabila menyedari ada mayat dimakan tikus ketika dalam simpanan menyebabkan ia tidak sesuai untuk dihantar ke sekolah perubatan.

“Ada mayat atau organ yang dipulangkan semula oleh sekolah perubatan kepada organisasi pengurusan pendermaan mayat kami kerana berada dalam keadaan yang sangat teruk.

“Jasad mayat itu sudah mula mereput selain mempunyai pepijat, keadaannya sangat menyedihkan.

“Ada kalanya ketika menarik mayat keluar dari ruang penyimpanan, ada tikus sedang mengunyah bahagian bawah beg dan di kaki mayat,” katanya dalam satu kenyataan.

Wheatley mengesyaki perkara jelik itu didalangi ketua pengurusnya dan dia cuba berdepan dengannya untuk mendapatkan jawapan.

“Bos kata dia tidak tahu apa-apa tentang itu. Dia kata ada banyak aktiviti paranormal yang berlaku di tempat kerja mereka, mungkin itu sebabnya,” kata Wheatley yang kemudian membuat laporan polis.

Wheatley bertekad untuk terus menjadi suara kebenaran agar tempat kerjanya akan mula bertanggungjawab dalam membuat perubahan

BACA:

Cikgu pencen menang jackpot RM37 juta selepas 30 tahun mencuba