Bagai bulan jatuh ke riba! Nelayan ini jutawan segera selepas temui muntah ikan paus bernilai RM1.3 juta

Oleh INFORAKYAT

Bagai bulan jatuh ke riba! Nelayan ini jutawan segera selepas temui muntah ikan paus bernilai RM1.3 juta

Seorang nelayan dari Thailand dikatakan bakal menjadi jutawan melalui penemuan munt4h ikan paus yang bernilai RM1,320,800!

Laporan menyatakan bahawa nelayan berusia 55 tahun bernama Jumrus Thiachot telah menemui ketulan besar dipercayai munt4h ikan paus itu pada awal tahun ini di pantai Koh Samui.

Bagai bulan jatuh ke riba! Nelayan ini jutawan segera selepas temui muntah ikan paus bernilai RM1.3 juta

Pertama kali melihat benda aneh itu, Jumrus tidak begitu pasti dengan apa yang dilihatnya. Justeru, dia memutuskan untuk membawa muntah ikan paus itu ke rumah dan menyimpannya. Jumrus telah meminta bantuan daripada jirannya untuk memeriksa ketulan itu.

Ada segelintir jirannya bertindak memotong sebahagian daripada munt4h ikan paus itu untuk diperiksa. Bagaimanapun, jiran-jirannya kembali dengan tangan kosong dan memaklumkan bahawa ujian itu tidak berjaya dan ketulan yang ditemui itu bukan munt4h ikan paus yang sebenar.

“Tiga jiran saya datang selepas anak buah saya memberitahu orang kampung bahawa saya telah menemui munt4h ikan paus. Mereka meminta kepingan munt4h ikan paus itu dan akan membawanya untuk pemeriksaan bagi mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah munt4h ikan paus. Tetapi mereka kata ujian itu tidak menunjukkan apa-apa keputusan”.

Tidak berpuas hati, Jumrus mengambil keputusan untuk menghubungi sendiri pihak berwajib yang kemudiannya datang untuk memeriksa ketulan itu.

“Saya perlukan kepastian, sebab itu saya hubungi pihak berkuasa untuk memeriksanya. Kini, saya tahu ia adalah munt4h ikan paus yang tulen dan saya akan menjualnya”.

Sementara itu, Witchawuth Jinto selaku pegawai daerah Surat Thani turut mengesahkan ketulenan munt4h ikan paus itu dan menegaskan penemuan Jumrus merupakan salah satu penemuan yang paling berharga kerana ianya mengandungi sekurang-kurangnya 80% ambergris.

Ambergris merupakan bahan yang sering digunakan dalam pembuatan minyak wangi berjenama seperti Chanel, Bvlgari, Dolce & Gabbana dan juga Atkinsons.

Hal ini kerana ambergris berupaya untuk memastikan bau minyak wangi tahan lama selain berfungsi sebagai agen pengikat.

Ketika masih segar, ambegris mempunyai bau yang tidak menyenangkan tetapi lama-kelamaan, baunya akan bertukar menjadi bau yang manis dan ‘earthy’.

Gambar Hiasan | Valeria Boltneva – Pexels

Selain Jumrus, terdapat juga banyak lagi berita menarik yang menceritakan mengenai penemuan muntah ikan paus ini. Sekitar April 2016, seketul munt4h ikan paus seberat 1.57 kg telah ditemui di Lancashire, England yang bernilai RM267,573. Pada November tahun yang sama, tiga nelayan dari Oman telah berjaya menjumpai 80 kg muntah ikan paus yang dijual pada harga RM12.3 juta!

BACA:

Beracun tapi ramai yang suka makan siap buat ulam makan tengahari, ini 6 sayur beracun yang ramai tak tahu