Gara-gara lama sangat single, kipas pula jadi mangsa lelaki ini lakon watak teman wanita undang reaksi netizen

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara lama sangat single, kipas pula jadi mangsa lelaki ini lakon watak teman wanita undang reaksi netizen

Seorang lelaki jadi tular di media sosial apabila aksinya yang membayangkan sebuah kipas meja sebagai kekasih dimuat naik di laman Instagram, lapor laman Suara.com.

Menerusi kemas kini di akaun @awreceh, pemuda itu memakaikan kipas meja yang diletakkan bersebelahannya kain batik dan melekatkan sudu pada jaring bilah.

Gara-gara lama sangat single, kipas pula jadi mangsa lelaki ini lakon watak teman wanita undang reaksi netizen

Seterusnya, dia mula melakonkan babak suap-menyuap seolah-olah kipas meja itu teman wanita yang sedang menawarkan makanan kepadanya.

Perbuatan aneh lelaki itu mengundang rasa geli hati netizen yang beranggapan ia adalah kesan kerana terlalu lama membujang.

“Ini sudah kes berat, terlalu lama membujang sehingga wujud masalah mental,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Mungkin ini petunjuk bahawa dia mahu pasangan yang senyap dan patuh seperti kipas meja ini,” komen seorang lagi.

BACA:

“Waktu ni mak punya marah lain macam selama aku hidup itu kali pertama mak marah, mak jerit depan muka ayah ‘kau ni kenapa sial sangat’”