Wanita ini tak sedar ada bayi dalam perut tidak dilahirkan selama 35 tahun, in sebenarnya yang terjadi

Oleh INFORAKYAT

Wanita ini tak sedar ada bayi dalam perut tidak dilahirkan selama 35 tahun, in sebenarnya yang terjadi

PADA mulanya warga emas ini hanya mengadu sakit perut.

Sangkaannya hanyalah sakit-sakit biasa, namun hasil pemeriksaan di hospital menunjukkan penemuan yang cukup memeranjatkan.

Mana tidaknya, hasil imbasan sinar X menunjukkan perut wanita berusia 73 tahun itu mengandungi janin yang sudah tidak bernyawa lagi!

Bayangkan, penemuan ‘malaikat kecil’ yang dipanggil lithopedion itu dikatakan sudah berada di dalam perut wanita tersebut selama 35 tahun tanpa disedari!

Lapor alarabiya.news, wanita yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Skikda, Algeria baru-baru ini betul-betul tidak menyangka sedang ‘hamil’ dengan anak seberat lebih 2 kilogram.

Wanita 73 tahun terkejut janin ‘batu’ berada di perutnya selama 35 tahun

Wanita 73 tahun terkejut janin 'batu' berada di perutnya selama 35 tahun
Janin yang dikatakan berusia tujuh bulan itu bagaimanapun dilaporkan sudah mengeras seperti mumia ketika ditemui pakar.

Memetik laporan portal itu lagi, meskipun wanita emas tersebut sebelum ini pernah menjalani pemeriksaan di hospital, namun si kecil itu tidak ‘berjaya’ dikesan.

Baca juga Biri-biri pramatang hidup dalam plastik selama empat minggu, peyelidik harap kaedah sama diguna pakai kepada bayi

Namun, beliau bernasib baik kerana tiada kesan sampingan disebabkan hal yang jarang-jarang berlaku.

Jika diteliti, terdapat banyak carian di media sosial mengenai kes lithopedion berlaku di seluruh dunia.

Wanita 73 tahun terkejut janin ‘batu’ berada di perutnya selama 35 tahun

Wanita 73 tahun terkejut janin 'batu' berada di perutnya selama 35 tahun
Beberapa kes sama pernah dilaporkan, antaranya di Colombia pada tahun 2013.

Rata-rata pesakit mengadu mengalami simptom yang sama iaitu sakit perut melampau.

Baca juga Ingatkan ketumbuhan, rupa-rupanya gumpalan rambut dalam perut

Seperti kes yang dilaporkan ABC News sebelum ini, wanita berusia 82 tahun dikatakan mengandungkan janin ‘batu’ selama lebih 40 tahun.

Pun begitu, antara kes terawal dilaporkan melibatkan seorang wanita berusia 68 tahun yang hanya disedari selepas bedah siasat dibuat.

Wanita 73 tahun terkejut janin ‘batu’ berada di perutnya selama 35 tahun

Memetik laporan strangeremains.com, warga emas tersebut yang dikenali sebagai Colombe Chatri dikatakan mengalami sakit perut yang mengeras selama 28 tahun.

Apapun, pemeriksaan kesihatan penting bagi setiap wanita bagi mengelakkan insiden tidak diingini pada masa akan datang.

Bukan setakat kes lithopedion sahaja, terdapat beberapa kes jarang-jarang berlaku melibatkan kaum Hawa yang perlu diberikan perhatian sewajarnya

BACA:

Beli RM380000 jual balik dapat RM85000 je baik beli lori, lelaki ini kongsi menyesal miliki kereta mewah

Kenapa ada nombor pendaftaran kereta bermula dengan huruf Z? Rupanya ini pemilik sebenar..