Beli RM380000 jual balik dapat RM85000 je baik beli lori, lelaki ini kongsi menyesal miliki kereta mewah

Oleh INFORAKYAT

Beli RM380000 jual balik dapat RM85000 je baik beli lori, lelaki ini kongsi menyesal miliki kereta mewah. Tidak dapat dinafikan harga sesebuah kenderaan akan susut sebaik sahaja ia dibeli dan keluar daripada ruang pameran. Namun kisah usahawan syarikat Ayam Bismi ini pasti akan membuat anda berfikir lebih panjang untuk membeli kenderaan selepas ini.

Melalui perkongsian yang dibuat di akaun Facebook miliknya, Jaffri Ahmad Lan Bismi berkongsi bagaiamana keputusan yang dibuat pada 2016 untuk membeli kereta mewah jenama Audi itu menjadi pengajaran berguna dalam hidupnya.

“Saya beli kerana mengikut sahabat-sahabat tauke ayam yang lain menggunakannya.

Beli RM380000 jual balik dapat RM85000 je baik beli lori, lelaki ini kongsi menyesal miliki kereta mewah

“Nak sama standard la,” jelasnya.

Kereta tersebut yang dibeli pada 2016 itu bagaimanapun menurutnya terpaksa dijual selepas tiga tahun kerana terlalu banyak kerenah remeh yang perlu diuruskan.

Mengakui kereta tersebut memang berkuasa tinggi, namun sedikit kerosakan sahaja pasti akan membuatkan pemilik ‘susah hati’.

“Sedikit kerosakan saja pening nak selesaikan, sensor sana sensor sini.

“Kalau bawa berkuasa giler, 300 horsepower tetapi menyala saja lampu mana-mana sensor,mula susah hati.

“Akhirnya tahun lepas (2019) saya menjualnya pada harga RM85,000,
harga beli berapa? RM380,000,” kongsinya.

Sedangkan lori yang dibeli untuk kegunaan syarikatnya pada tahun sama dengan harga RM260,000 pula tidak mempunyai sebarang masalah dan masih lagi menjadi aset berharga kepada perniagaannya.

Malah dia juga menjelaskan nilai yang dibayar untuk kereta mewah Audi itu juga sebenarnya mampu membantu beliau mengembangkan perniagaan ternakan miliknya jika tidak membeli kereta tersebut.

“Nilai yang sama dengan Audi tu boleh membuat sebiji reban ayam dan terus menjadi pendapatan kepada syarikat.

“Itulah pelajaran yang perlu dibayar dalam kehidupan.

“Berhati-hati lah dalam membuat apa-apa keputusan, rasional lah,” pesannya.

BACA JUGA :

Patutlah tahun lepas harga minyak masak mahal! Rupanya pesawat ini terbang guna minyak masak

Kenapa ada nombor pendaftaran kereta bermula dengan huruf Z? Rupanya ini pemilik sebenar..

“Suami terlantar akibat kemalangan, adik beradik suami hasut tinggalkan suami, sekali suami dedah kisah sebenar”