Tak sangka! Rupanya ini asal usul sukan marathon yang ramai tak tahu.
Secara umumnya, sukan marathon adalah sukan yang sangat popular di dunia.
Marathon boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan usia. Ya, usia.
Bermula daripada anak-anak kecil sehingga warga emas aktif yang menyertainya.
Sukan ini mudah mendapat tempat di hati segenap masyarakat kerana pelaksanaannya mudah. Tidak memerlukan kos tinggi, peralatan diperlukan sedikit, tidak kompleks dan rendah risiko. Hanya tubuh badan sihat, pakaian sukan bersesuaian dan serta latihan spesifik untuk menjaga dan meningkatkan stamina.
Mengapa dinamakan marathon? Mengapa tidak sahaja dinamakan ‘suatu larian panjang yang hanya dilakukan oleh individu luar biasa’?
Semuanya bermula di Greece sekitar tahun 490 SM iaitu hamper 2500 tahun lalu! Pelbagai versi yang ada tetapi ceritanya lebih kurang begini:
Sepasukan tentera Parsi menyeberangi Laut Aegean dan mendarat di Marathon, sebuah Bandar terletak di Greece yang jaraknya 25 batu dari Athens. Mereka mahu menakluk kawasan Marathon dan kemudian Athens. Parsi dengan kekuatan 50000 tentera terlatih manakala tentera Yunani di Marathon mempunyai kekuatan hanya seramai 9000 orang. Perbezaan hampir 5 kali ganda di sini.
Pada ketika itu, tiada kereta, kapal terbang apatah lagi media sosial seperti Messenger dan WhatsApp. Bandar-bandar di sini berhubung melalui perantaraan kuda atau pengutus berita yang terlatih.
Tentera Yunani perlukan bantuan segera. Berikutan keadaan muka bumi berbatu dan penuh bukit bukau yang menyukarkan khidmat kuda, seorang pelari bernama Phillippides digunakan bagi menggantikan tempat tugas kuda tersebut menyampaikan pesanan.
Phillippides berlari dari Marathon ke Sparta untuk meminta bantuan. Malangnya, bantuan ketenteraan yang diharapkan pada waktu itu tidak dapat ditunaikan. Ini kerana pihak Sparta mempunyai tradisi keagamaan tertentu yang hanya boleh memberikan bantuan ketika bulan purnama mengambang. Phillippides berlari balik ke Marathon membawa berita duka dan jarak yang dilalui adalah sejauh 150 batu!
Tentera Parsi menyedari jumlah mereka lebih ramai daripada tentera Greek telah membuat perancangan untuk dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama menuju ke Athens dan kelompok kedua bertempur di Marathon. Namun mereka silap, tentera Greek lebih pintar. Dipendekkan cerita, tentera Parsi tewas di Marathon.
Phillippides yang berjuang di Marathon telah ditagih khidmatnya sekali lagi. Setelah menang pertempuran, beliau dipilih berlari sejauh 25 batu dari Marathon ke Athens menyampaikan berita kemenangan itu. Beliau berjaya melakukannya tetapi dalam keadaan diri yang sangat kepenatan.
Bayangkanlah berlari ulang alik ke Sparta, bertempur dengan tentera Parsi dan terus berlari lagi ke Athens. Phillippides jatuh pengsan usai dengan lantangnya melaungkan “Rejoice, we conquer!” Beliau kemudian mati sejurus selepas itu. Meskipun begitu, rohnya kekal hidup bersemadi dalam jiwa setiap pelari sebagai simbol komitmen, ketahanan dan keamanan.
Sejarawan bidang ketenteraan, Edward S. Creasy menyebut.
“The day of Marathon is the critical epoch in the history of the two nations. It broke forever the spell of Persian invincibility, which had previously paralyzed men’s minds… It secured for mankind the intellectual treasures of Athens, the growth of free institutions, the liberal enlightenment of the Western world, and the gradual ascendancy for many ages of the great principles of European Civilization.”
Pendek kata, titik tolak permulaan peristiwa besar ini telah membawa kepada perubahan sejarah manusia.
Jika jarak dari Marathon ke Athens ialah 25 batu, mengapa marathon 26.2 batu?
Kembali semula kepada Sukan Olimpik 1908 di London, England. Peristiwa ini mungkin agak sukar diterima akal.
Keluarga diraja pada ketika itu mahu garisan penamat bagi marathon berada di hadapan ‘viewing box’ iaitu tempat bagi kerabat diraja menyaksikan pertandingan. Kerana hal itu, jarak larian dipanjangkan kepada 26.2 batu.
Setelah melalui siri perdebatan selama 16 tahun, jarak 26.2 batu tersebut telah ditetapkan sebagai jarak rasmi pada temasya Sukan Olimpik 1924 di Paris, Perancis.
Dalam bahasa Greek, ‘marathon’ bererti ‘fennel’. Benih fennel digunakan sebagai rempahan masakan. Bandar Marathon pula ialah bandar di mana fennel ditanam.
Evolusi sukan marathon
Sukan marathon melalui evolusi yang tersendiri. Setiap negara, negeri dan daerah mengadakan sukan ini dan tidak kurang tempat yang menjadikan marathon sebagai acara tahunan.
Seperti Boston Marathon yang terkenal. Jika di Malaysia, nama larian biasanya diambil sempena nama tempat, penaja, peristiwa dan lain-lain
. Selain marathon, ‘half -marathon’ iaitu jarak 21km turut diperkenalkan.
Kategori yang dipertandingkan semakin banyak dengan objektif tersendiri, jarak larian berbeza, jantina serta had umur.
Ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi peserta yang mengambil bahagian.
Bagi pelari professional, umumnya mereka berlari mengejar ganjaran dan catatan masa terbaik.
Pelari amatur pula lebih kepada hiburan dan kepuasan melakukan aktiviti berfaedah lagi menyihatkan tubuh badan dan minda.
BACA: