Ramai tak tahu rupanya makan telur berlebihan tingkatkan risiko kena diabetes sebanyak 60 peratus!

Oleh INFORAKYAT

Ramai tak tahu rupanya makan telur berlebihan tingkatkan risiko kena diabetes sebanyak 60 peratus!

Pengambilan sebiji telur sehari mampu meningkatkan risiko menghidap diabetes jenis dua sebanyak 60 peratus.

Memetik laporan portal Daily Mail, berdasarkan kajian terkini penyelidik Australia yang mengkaji sampel 8,545 golongan dewasa Cina

Ramai tak tahu rupanya makan telur berlebihan tingkatkan risiko kena diabetes sebanyak 60 peratus!

mendapati terdapat hubungan positif antara pengambilan telur yang banyak dengan kadar gula dalam darah yang tinggi.

“Telur sebelum ini dikatakan berkhasiat dan dikenali sebagai makanan segera yang sihat di United Kingdom (UK), tetapi menimbulkan persoalan dalam kalangan penyelidik diabetes.

“Kajian terdahulu menunjukkan makan telur sebenarnya dapat mengelakkan diabetes. Bagaimanapun, penyelidikan baharu ini menunjukkan pengambilan telur secara berkala sehari sama ada direbus atau digoreng menjadikan anda lebih mudah terkena penyakit ini.

Laporan itu berkata, diet adalah faktor yang dapat diubah dan penyumbang kepada permulaan diabetes jenis dua.

“Pelbagai faktor diet mungkin mempengaruhi peningkatan penyakit ini.Walaupun hubungan antara makan telur dan diabetes sering diperdebatkan, kajian ini bertujuan menilai pengambilan jangka panjang dan risiko mereka menghidap penyakit berkenaan,” katanya.

Kajian itu secara khusus memberi fokus kepada penduduk di China yang beralih daripada diet tradisional sebelum ini dengan mengambil pemakanan seperti biji-bijian dan sayur-sayuran ke dalam diet makanan diproses meliputi daging, makanan ringan dan telur yang lebih banyak.

Dari 1991 hingga 2009, jumlah individu yang makan telur di China meningkat daripada 16 gram (1991 sehingga 1993) kepada 26 gram (2000 sehingga 2004) dan 31 gram (2009).

Sebanyak AS$760 bilion (RM3.11 trilion) dibelanjakan untuk merawat penyakit diabetes pada tahun lalu iaitu kira-kira 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan global.

BACA:

Serba salah jadi punca pergaduhan abang dan isterinya, lelaki ini nekad berenang 1,455km nak balik kampung

Sabun termahal di dunia bernilai RM11,500! Rupanya ini ramuan sabun yang buat harganya tak masuk akal!