Klinik Maha masih beroperasi sehingga kini walaupun pengasasnya sibuk nak tebuk atap lagi, rupanya lelaki ini yang jaga klinik

Oleh INFORAKYAT

Klinik Maha masih beroperasi sehingga kini walaupun pengasasnya sibuk nak tebuk atap lagi, rupanya lelaki ini yang jaga klinik

Umum kita ketahui, karier awal bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang doktor perubatan.

Beliau telah menubuhkan sebuah klinik di Alor Setar, Kedah yang diberi nama MAHA Klinik yang merupakan klinik swasta pertama milik orang melayu pada tahun 1957.

Klinik Maha masih beroperasi sehingga kini walaupun pengasasnya sibuk nak tebuk atap lagi, rupanya lelaki ini yang jaga klinik

Tun M kemudian meninggalkan klinik yang diasasnya itu untuk menyertai bidang politik. Namun, walaupun ketiadaan beliau, MAHA Klinik masih tetap beroperasi sehingga sekarang.

Siapa Doktor disebalik MAHA Klinik yang menggantikan Tun M sehingga mampu bertahan sampai sekarang?

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Tetap bertahan selepas 66 tahun, pastinya individu yang mengambil tempat Tun M bukanlah calang-calang orang. Beliau adalah Doktor Mohamed Yacod Dawood yang berasal dari Pulau Pinang.

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Dr Mohamed Yacob Dawood merupakan seorang doktor kerajaan yang berusia 33 tahun ketika dijemput oleh Dr Mahathir Mohamad untuk bekerja di kliniknya.

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Pada tahun 1974, dua tahun selepas Dr Yacob memulakan tugasnya di Klinik Maha di Pekan Melayu di bandar itu, Tun M memenangi pilihan raya sehingga dilantik menyertai Kabinet sebagai menteri pendidikan yang pada ketika itu Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri.

Ketika itulah Tun M membuat keputusan untuk berhenti daripada bidang perubatan.

“Pada 1974, apabila beliau memenangi pilihan raya dan menjadi menteri pendidikan, beliau tinggalkan saya bersendirian dan pergi ke Kuala Lumpur,” cerita Doktor Yacob.

Klinik itu kemudian berpindah ke pusat bandar pada 1980, kira-kira setahun sebelum Mahathir dilantik sebagai perdana menteri keempat.

Disebabkan bekas bosnya mengejar cita-cita politik di Kuala Lumpur, Dr Yacob ditinggalkan keseorangan menguruskan MAHA Klinik.

Masih segar dalam ingatan Dr. Yacob, Tun M dikenalinya sebagai seorang yang berdisiplin, dan ia menjadi satu tanggungjawab besar untuk diisinya.

“Sebagai seorang pembantu selama dua tahun, banyak yang saya belajar.

“Beliau adalah bos sebenar saya. Bossku lah,” selorohnya.

Selepas beberapa dekad, ketika bekas bosnya mengalami turun naik dalam politik, Dr Yacob kekal berada di pejabatnya ditemani kawasan penyambut tetamu menggunakan panel venir, lorong sempit dan dengan pintu berayun sama seperti di klinik lain seluruh negara.

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Terdapat sebaris kerusi disediakan untuk menyambut tetamu yang hadir tanpa temu janji, dan potret Tun Dr Mahathir yang diambil ketika beliau menjadi perdana menteri masih tergantung di dinding.

Kedua-dua mereka masih bertemu setiap kali Tun M pulang ke Kedah.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya ketika berbuka puasa, bukan puasa tahun ini, tetapi tahun sebelum itu (2019),” kata Yacob.

Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang

Rasa bangga Yacob terhadap Mahathir turut dikongsi oleh Mercy Samuel, yang merupakan jurṳrawat di Klinik Maha sejak 40 tahun lepas.

Walaupun dia hanya menyertai selepas Mahathir keluar, Mercy tetap rasa bangga dapat bekerja di sebuah tempat yang penuh dengan legasi.

“Tahun-tahun yang saya lalui di klinik ini adalah kerana Tun Mahathir. Saya amat kagum dengan beliau, dan disebabkan itu saya telah bekerja di sini sejak 1979,” katanya.

Sudah 66 tahun bertapak, sudah pastinya MAHA Klinik tidak asing lagi buat penduduk di sekitar Kedah. Klinik ini masih tersergam utuh dilokasi yang sama meskipun pengasas atau dokt0r yang asal tidak lagi berkhidmẫt di situ.

Hingga ke hari ini juga masih ramai yang berkunjung ke Klinik Maha untuk mendapatkan rẫwatan dan menggẫmit kenangan suatu ketika dahulu. Klinik ini benar-benar ‘legend’.

BACA;

Makin meningkat harta kekayaan billionaire di Malaysia, ini 3 tokoh korporat Melayu paling kaya

Doktor pakar sakit puan dedah sebab kenapa ibu mengandung kena ‘usung’ buku pink kemana saja mereka pergi