Tak sangka! Rupanya ada perkampungan orang Melayu di tengah bandar Bangkok yang ramai tak tahu

Oleh INFORAKYAT

Tak sangka! Rupanya ada perkampungan orang Melayu di tengah bandar Bangkok yang ramai tak tahu.

Ada sebuah masjid di Bangkok telah menyampaikan khutbah jumaat dalam bahasa Melayu sempena kunjungan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Apa yang menariknya adalah Bangkok merupakan kota yang sangat jauh daripada lingkungan orang Melayu.

Tak sangka! Rupanya ada perkampungan orang Melayu di tengah bandar Bangkok yang ramai tak tahu

Nampak pelik sikit lah sebab ramai dekat Bangkok tak faham bahasa Melayu.

Tapi jangan terkejut sebab terdapat kira-kira 700,000 orang Melayu yang tinggal di kawasan tengah Thailand terutamanya Bangkok.

Angka ini amat mengejutkan kerana ramai ingat orang Melayu hanya wujud di selatan Thailand sahaja.

Ye lah orang-orang Melayu yang dikenali di Thailand seperti Surin Pitsuwan dan Suphacai Jaided pun berasal daripada selatan Thai.

Persoalannya macam orang Melayu boleh wujud di Bangkok?

Orang Melayu dikatakan telah hadir di Bangkok dan wilayah tengah Thailand semenjak era kerajaan Ayutthaya. Semuanya bermula apabila ibu kota kerajaan Ayutthaya telah ditakluk oleh Burma. Ayutthaya telah meminta bantuan Pattani dan Kedah menawan kembali ibu kota mereka.

Pemerintah Pattani ketika itu, Sultan Muzaffar Shah dan Raja Mansur bersama-sama 1500 orang tentera telah pergi ke ibu kota Ayutthaya. Sampai je di sana, baginda melihat tentera Burma telah pun pulang. Inilah masanya untuk baginda cuma menakluk Ayutthaya. Maka angkatan tentera baginda terus menyerang ibu kota Ayutthaya.

Sayangnya baginda tewas dan hampir kesemua tentera Pattani terperangkap di sana. Hanya Raja Mansur bersama 40 tentera sahaja yang dapat pulang ke Pattani. Baki tentera Pattani yang tinggal telah ditangkap dan dijadikan hamba.

Mereka inilah menjadi orang Melayu pertama membuka perkampungan di Bangkok dan kawasan tengah Thailand.

Sebenarnya orang Melayu dah wujud sebelum Burma serang Ayutthaya. Katanya mereka ini merupakan golongan pedagang yang berasal daripada Melaka, Kedah dan Pattani yang menetap di kawasan Thailand. Tapi mereka hanyalah minoriti di situ.

Apabila Thailand sudah dikuasai oleh Dinasti Chakri, Raja Rama I telah menjadikan Bangkok sebagai ibu kota baru. Ketika itu juga baginda menuntut negeri-negeri Melayu yang berada di bawah naungan Siam untuk menghantar bunga emas. Tapi negeri-negeri Melayu terutamanya Pattani masih lagi berdegil.

Siam pun lagi pergi hantar segerombolan tentera untuk menakluk Pattani. Hasilnya Pattani tewas dan ramai tawanan perang yang terdiri daripada orang Melayu dibawa ke Bangkok.

Orang-orang Melayu yang dibawa ke Bangkok ini ada yang dijadikan hamba dan perlu bekerja dengan kerabat diraja Siam.

Pada masa tu, kehidupan orang Melayu di Bangkok memang sangat daif. Mereka tinggal di bilik simpanan barang yang kecil dan kotor. Lama kelamaan, orang Melayu berjaya keluar daripada belenggu hamba dan kemiskinan. Mereka akhirnya hidup seperti orang biasa di Bangkok.

Walau bagaimanapun tak semua orang Melayu di Bangkok berasal dari zaman Ayutthaya dan era Rama I. Sebab semenjak tahun 1990an lagi, orang Melayu daripada selatan Thai telah berhijrah ke Bangkok untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik.

Senang cerita populasi orang Melayu yang wujud di Bangkok merupakan tawanan perang dan golongan perantau yang datang pada era 1990 an

BACA:

Kononnya demi bangsa, Tun M dan Muhyiddin kembali ‘bercium’

Risau kantoi dengan cucu, warga emas ini merayu melutut dilepaskan lepas ditangkap buat maksiat