Instafamous sengaja bayar bil makan di restoran mewah dengan duit syiling sekali lain pula lain pula jadi masa nak bayar.
SEBAGAIMANA yang kita maklum, restoran mewah kebiasaannya menetapkan peraturan dan etika untuk dipatuhi oleh pelanggan mereka.
Antaranya, pelanggan perlu mengenakan pakaian (dress code) yang sesuai, etika di meja makan dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun, seorang pencipta kandungan (content creator) dari Mumbai, selamba ‘melanggar’ etika ketika menikmati hidangan di restoran mewah di Hotel Taj.
Siddhesh Lokare yang memesan piza dan mocktail membayar hidangannya dengan menggunakan duit syiling.
Dia sempat merakam dan memuat naik video pengalamannya itu di Instagram.
Dalam video tular itu, Lokare yang memakai sut lengkap dilihat membayar bil hidangannya dengan syiling yang diisi dalam satu beg kantung dan menyerahkannya kepada seorang pelayan.
Pelayan berkenaan kemudian dilihat membawa kantung syiling untuk dikira.
Insiden itu turut mengejutkan pengunjung restoran tersebut yang berada di sekeliling.
Menurut Lokare, dia sekadar mahu menyampaikan mesej bahawa tidak salah untuk menjadi diri sendiri dan jangan terpengaruh dengan orang lain sehingga berpura-pura.
Sebahagian warga maya menyambut baik mesej Lokare namun segelintir daripadanya mengecam kerana menyifatkan tindakan lelaki itu hanya menyusahkan pelayan
BACA:
Temui sampah berisi mainan Star Wars, pasangan suami isteri dapat durian runtuh RM2.17 juta