Geng sunat laser buat hal di Retro Havoc, sampai patah side mirror

Oleh INFORAKYAT

Geng sunat laser buat hal di Retro Havoc, sampai patah side mirror.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara Retro Havoc mengumpulkan para peminat

Tujuan untuk melihat kira-kira 1,000 kereta klasik serta 50 motosikal dipamerkan kepada umum.

Geng sunat laser buat hal di Retro Havoc, sampai patah side mirror

Acara yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara Sabtu lalu menyaksikan lebih 70,000 ribu pengunjung yang hadir, fuh meriah!

Namun, difahamkan acara itu dicemari pengunjung yang melanggar peraturan apabila sesuka hati menyentuh kereta.

Siap ada yang duduk ‘bertenggek’ semata-mata untuk mengambil gambar bersama kereta itu.

Tak cukup di situ, anak-anak muda yang hadir berlari-lari untuk merakam deruan ekzos daripada kenderaan yang ada di situ.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Yazid Ajied, dia menyaksikan sendiri perkara-perkara tak diingini itu berlaku. Aduh spoil!

Di TikTok, pemilik kenderaan sendiri mengeluh apabila kereta yang dipamerkan tercalar dan cermin sisi patah. Walaupun amaran telah diberi, pengunjung dikatakan langsung tak mengendahkannya.

BACA:

Kematu punggung lama sangat dalam pesawat, lelaki ini buka pintu kecemasan hanya kerana nak ‘healing’

“Ini cerita zaman bila?” Rafizi balas dakwaan Hadi, PKR ajak join kerajaan buat penyokong Pas malu