Bukan ‘kaleng-kaleng’! Peminta sedekah pun dah upgrade, minta derma guna kod QR

Oleh INFORAKYAT

Bukan ‘kaleng-kaleng’! Peminta sedekah pun dah upgrade, minta derma guna kod QR.

BENAR-BENAR memerlukan atau hanya ‘wayang’?

Begitulah kisahnya apabila seorang kanak-kanak lelaki dilihat mengemis di ibu negara Filipina dengan menggunakan kod QR.

Bukan 'kaleng-kaleng'! Peminta sedekah pun dah upgrade, minta derma guna kod QR

Badan kerajaan mengeluarkan amaran ia berkemungkinan kegiatan sindiket menggunakan kanak-kanak untuk menipu orang ramai.

Seorang saksi yang terserempak dengan kanak-kanak berkenaan berkata, pengemis itu mengeluarkan kod QR apabila diberitahu mereka tidak mempunyai syiling.

“Kami ketawa pada mulanya, jadi kami menyemak sama ada kod QR itu berfungsi, dan ia terbukti wujud, dinamakan atas organisasi tertentu,” kata saksi tersebut.

“Ada sindiket di sebalik kegiatan ini. Sindiket mengangkut pengemis ini dalam van, menempatkan mereka di jalanan, dan mengumpulkan mereka pada waktu malam,” kata pihak berkuasa tempatan. – Mena FN

BACA:

“Ini cerita zaman bila?” Rafizi balas dakwaan Hadi, PKR ajak join kerajaan buat penyokong Pas malu

‘Scammer’ pun dah tak selamat sekarang, ini cara cek akaun scammer dekat laman web PDRM