Kempen hotel milik Sultan Brunei, sekali ini respon Kerajaan Brunei.
Setelah pengumuman pelaksanaan hukuman rejam sampai mati kepada pesalah LGBTQ, kerajaan Brunei dikecam teruk terutama daripada komuniti tersebut.
Sehingga ada di antara selebriti global seperti Ellen Degeneres, George Clooney dan Elton John yang ‘menyeru’ orang ramai supaya memboikot beberapa hotel milik Sultan Brunei.
Boikot Hotel Brunei
Susulan dengan itu, tular satu hantaran di Facebook yang pernah menyatakan pendirian dan ketegasan kerajaan Brunei pada Mei 2014 tentang kuatkuasa undang-undang syariah di negara mereka.
“Di negara anda, anda mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, kebebasan beragama dan lain-lain. Dalam perlembagaan dan sistem politik anda, identiti kebangsaan anda, hak anda, cara hidup anda.
Di negara saya, kami mengamalkan sistem Melayu, Islam, monarki dan akan mula mengamalkan undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam ada dalam perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, cara hidup kami.
Kami mungkin mendapati terdapat kelemahan dalam undang-undang dan sistem keadilan anda, dan anda pun sama tetapi ini adalah negara kami. Sama seperti anda yang mempraktikkan hak anda sebagai gay dan sebagainya untuk dunia anda sekarang.
Kami mengamalkan hak kami menjadi umat Islam untuk dunia dan akhirat.
Ini adalah negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam.
Kenapa anda tidak bimbang dengan anak-anak anda yang ditembak di sekolah, bimbang tentang penjara anda yang tidak mampu menampung tahanan, bimbang tentang kadar jenayah dan DUI (memandu di bawah pengaruh) yang tinggi, bimbang tentang kadar bunuh diri dan kadar pengguguran kandungan yang tinggi, bimbang tentang apa sahaja yang perlu anda bimbangkan di sana.
Banyak agama menentang homoseksual, tiada apa yang baharu. Apabila anda mendengar bahawa Islam dan Muslim menegakkan pendirian dan cuba menegaskan iman mereka, anda menilai, anda memboikot, anda mengatakan ianya adalah salah, bodoh dan kebencian.
Sekali lagi kembalilah kepada kebimbangan yang perlu anda fokuskan kepada perkara yang saya sebutkan tadi. Adakah tidak salah untuk menghalalkan senjata mematikan, tidakkah salah untuk membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, adakah tidak salah untuk membenarkan gaya hidup yang mengakibatkan AIDS dan penghentian generasi akan datang?
Kenapa anda begitu peduli tentang apa yang berlaku di negara Islam ketika anda membutakan diri anda daripada melihat Syria, Bosnia, Rohingya, Palestin dan sebagainya? Ribuan orang dibunuh dan anda tidak peduli, tiada siapa yang terbunuh di sana di bawah Undang-Undang Syariah, dan anda membuat kekecohan, walaupun rakyat kami di sini menerimanya dengan tenang.
Hukuman ini mungkin keras tetapi ianya tidak bermakna mudah untuk dilaksanakan. Ada proses yang perlu dilalui sebelum sabit kesalahan dijatuhkan. Kami baik-baik sahaja dengannya dan kami gembira.” – Kerajaan Brunei Darussalam, Mei 2014
Benar juga, itu negara orang, kenapa pula mereka mahu sibuk? Kalau kata mahu menegakkan kemanusiaan, mengapa mereka hanya diam sahaja semasa Gaza dibom? Kanak-kanak Syria dan orang-orang diperlakukan dengan kejam?
BACA:
Imigresen dedah taktik macam mana kilang boleh ambil warga asing bekerja yang ramai tak tahu
Gara-gara telefon kena rampas warden pelajar perempuan nekad bakar asrama, 19 pelajar lain terkorban