Brunei umum batal laksana hukuman mati pesalah LGBT undang reaksi netizen

Oleh INFORAKYAT

Brunei umum batal laksana hukuman mati pesalah LGBT undang reaksi netizen.

Pada awal bulan April, Brunei mengumumkan akan melaksanakan hukuman rejam sampai mati

Khususnya kepada pesalah LGBT untuk kesalahan meliwat, seks luar nikah dan rogol.

Brunei umum batal laksana hukuman mati pesalah LGBT undang reaksi netizen

Menerusi pengumuman itu, beberapa negara dan juga selebriti Hollywood seperti George Clooney, Elton John dan Ellen DeGeneres lantang menggesa memboikot Brunei kerana mendakwa negara itu mendiskriminasikan komuniti LGBT.

Setelah menerima kecaman dan kritikan, Sultan Brunei melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis. Baginda sultan memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

Ada beberapa jenayah yang membawa hukuman mati di Brunei termasuk bunuh dan pengedaran dadah, namun tiada hukuman dilaksanakan sejak 1990-an.

“Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan SPCO. Namun, kami percaya apabila isu ini selesai, merit undang-undang ini akan lebih jelas.

“Sejak lebih dua dekad, kita melaksanakan moratorium pelaksanaan hukuman mati untuk kes di bawah undang-undang common law. Moratorium ini juga akan dilaksanakan terhadap SCPO secara lebih meluas,” titahnya ketika berucap sempena awal Ramadan.

Sejak pengumuman pelaksanaan undang-undang tersebut, kumpulan hak asasi manusia termasuklah selebriti memboikot hotel rangkaian Dorchester Collection’s termasuk Hotel The Beverly Hills dan Hotel Bel-Air yang dimiliki oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Beberapa syarikat multinasional telah memboikot kakitangan yang menggunakan hotel sultan, manakala sesetengah syarikat pelancongan telah berhenti mempromosikan Brunei sebagai destinasi pelancongan

BACA:

Imigresen dedah taktik macam mana kilang boleh ambil warga asing bekerja yang ramai tak tahu

Ingatkan watak ‘Dracula’ hanya dongeng, rupanya benar-benar wujud tapi di zaman Uthmaniyah