Kenapa duit Amerika kuat gila sekarang? Ini yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu

Oleh INFORAKYAT

Kenapa duit Amerika kuat gila sekarang? Ini yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu.

Korang kena tahu USD ni ‘matawang rizab utama dunia’. 40% hutang dunia diisytihar dalam USD. Bank-bank Amerika tak pegang juga berurusan dalam USD.

Bank-bank ni ada liabiliti (tanggungjawab kena tunai) yang bernilai $27 trilion. $18 trilion dari jumlah tu diisytihar dalam USD.

Kenapa duit Amerika kuat gila sekarang? Ini yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu

Jujur cakap, bengang juga dengan Amerika ni. Segala hukum ekonomi tak terpakai kat mereka.

Selamba USD tengah sembelih matawang lain sekarang — padahal seminggu jer lagi mereka nak default.

Thread ni akan jelaskan apa dok jadi.

Joe Biden ni korang dah kenal siapa. Kuasa dia tak melebihi kuasa U.S. Congress, yang serupa Parlimen Malaysia senang kata.

Parlimen ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. US Congress ni terbahagi pada House of Representatives dan the Senate.

Setiap dua tahun, US Congress dirombak. Tahun 2020, Democratic sapu bersih. Menang White House. Majoriti kat House dan Senate. Tahun 2022, Democratic kalah tipis kat House dan dapat majoriti mudah kat Senate. Sini mula masalah.

Sebab apa-apa hal, kena dapat sokongan Republicans.

Ni sekarang Biden perlu sokongan US Congress nak naikkan had hutang. 219 wakil House kena setuju. Tapi naik ke Senate, jadi masalah.

Sebab 60 Senators kena setuju (Democratic pegang 50 jer). Maksudnya, apa-apa hal wajib bekerjasama dengan Republicans. Wajib.

Republicans demand macam-macam lah. Tapi sesama mereka pula berpecah-belah. Nak pilih Speaker of the House tu, 15 kali mereka buat undi. Last kali baru Kevin McCarthy menang.

Kat Senate ni takde drama. Sebab Democratic dapat majoriti.

Mereka taknak berkompromi. Agak ramai yang pro-Trump. Taknak kerjasama. McCarthy minta kurangkan perbelanjaan. Biden setuju.

Tapi McCarthy juga minta kaji balik sistem cukai. Ni Biden tak setuju. Sebab dia nak kenakan cukai kat orang kaya (Republicans nekad takkan setuju ni).

Beberapa wakil Republicans boleh pintas McCarthy dan sokong Biden. Bila naik ke Senate yang masalah. 50 Senator Democratic sedia setuju.

Tapi 43 Senator Republicans dah umum “takkan sokong” selagi tak yakin pasal perbelanjaan. Kira Biden ada 7 Senator Republicans jer.
Amerika secara rasmi tak dapat bayar segala kewajipan (default). Gaji penjawat awam. Duit Social Security. Banyak lagi.

Treasury (Jabatan Kewangan) kena tarik duit daripada tabung kecemasan. Mereka boleh tampung sampai Julai atau September jer.

Nak bayang impak ni?

Kita sedang cakap pasal ‘cataclysmic’ kan?

Ini yang saya sakit hati dengan Amerika. Kalau ni negara lain menghampiri default, awal-awal dah bungkus. Matawang hancur.

Tapi Amerika? USD tengah kuat. Mereka ni main game ekonomi guna hukum berbeza. Kenapa USD boleh kuat ya?

Buatlah apa pun. Investors tetap akan pilih USD. EU sendiri tak dapat nak challenge benda ni. Kita tengok jer lah apa 536 ahli politik ni akan buat.

Harap-harap mereka cepat settle masalah dangkal ni. Makin hari, makin teruk USD sembelih matawang asing.

Ini pun akan bagi ekonomi dunia sakit… on top of interest rate naik tu. Sebab tu ada geng macam BRICS bengang dengan USD.

Tapi takdak mende mereka boleh buat sekarang. USD ni dah jadi macam darah daging ekonomi dunia. Sebab ia telus, cair dan pantas.

Ramai tengah beli T-Bill sekarang. Sebab ada tempoh peram. Mereka yakin isu had hutang ni akan settle sebelum tempoh peram tu.

Jadi 1 Jun tiada deal, korang expect USD akan mengaum lagi dahsyat. Sebab semua akan parking duit beli T-Bill.

Sekarang pun dah lumba beli T-Bill.

Korang ada cash $5 juta? Haa. Ni yang gila. Beli “T-Bill $5 Juta”. Bayarnya berapa? $4.75 juta.

Peramlah setahun sekalipun. Sampai tempoh matang, korang jual balik. Buta-buta dapat untung $250,000.

Ada cash $15 juta? Do your math. Buta-buta buat duit. Easy money!
Macam ni. Korang nak beli T-Bill? Minimum kan $1,000. Okay. Korang bayar $950 jer. Peram katakanlah 4 minggu. Sampai masa, jual.

Masa jual, dapat $1,000 cash. Untung bersih $50. Sebab tadi bayar $950 untuk “T-Bill $1000”.

 

Baik tak payah? $50 jer. Kejap!


Pasaran saham kemudian akan ranap. Investor akan panik jual saham. Sebulan ni pun Dow Jones dah turun. NYSE stagnant.

Tu tandanya, investors dah mula jauhi saham. Mereka tengah simpan duit mereka beli T-Bill. Rilek. Saya akan terangkan.

T-Bill ni bond USD. Investors beli.

untuk tanggung risiko pegang harta US. Bond sebenarnya, tapi anggap jer lah harta. Mudah semua nak faham. Tak stress baca.

Negara-negara yang pinjam dari US kena bayar lagi tinggi lah sebab interest naik. Ini akan jadi tamparan hebat.

Sebab kita tak tahu tinggi mana akan naik.

BACA:

YDP Agong dan Permaisuri selalu makan mewah ke kat Istana? Tak sangka! Rupanya ini je menu santapan harian

Selalu nampak crane tinggi di tapak pembinaan, tapi macam mana pekerja yang ada dalam crane pergi tandas? Ini jawapannya