“Melayu akan mundur jika Pas jadi pilihan kerana mereka bukan hidupkan Islam, tapi cari kemewahan dan jawatan dengan Islam”

Oleh INFORAKYAT

“Melayu akan mundur jika Pas jadi pilihan kerana mereka bukan hidupkan Islam, tapi cari kemewahan dan jawatan dengan Islam”.

Sikap Pas pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ‘menunggang’ agama menyebabkan mengapa parti itu tidak disukai oleh rakyat di Johor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pas antara lain disifatkan sebagai jumud atau berfikiran sempit malah bukanlah parti politik bertunjangkan Islam.

"Melayu akan mundur jika Pas jadi pilihan kerana mereka bukan hidupkan Islam, tapi cari kemewahan dan jawatan dengan Islam"

“Politik Islam pada rakyat Johor ialah Johor yang Islami. Islam sebagai pemacu kemajuan dan Islam yang mengajak orang Johor berlumba-lumba melakukan amal soleh.

“Bukan politik Islam dengan masjid imam dua imam, fatwa kafir-mengkafir dan segala kejatuhan talak jika tidak menyokong Pas.

“Orang Melayu akan terus mundur jika politik Islam Pas jadi pilihan kerana mereka bukan menghidupkan Islam, tetapi mencari kehidupan, kemewahan dan jawatan dengan Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar ini semalam memetik kenyataan Abdul Hadi, bahawa punca parti itu tidak mampu menawan hari penduduk di Johor akibat kurang kesedaran politik Islam di Johor walaupun ia menjadi antara negeri terawal ditubuhkan cawangan parti berkenaan (Pas).

Dalam pada itu, kata Mohamed Khaled, yang pasti Johor bukan negeri yang paling ramai orang miskin seperti di Kelantan.

“Yang nyata pembangunan Johor dipacu pelaburan asing, perdagangan, ekonomi rentas sempadan dan pelbagai nilai yang progresif.

“Bukan negeri tanpa bekalan air bersih, rakyat berhijrah keluar kerana tiada pekerjaan dan Kerajaan diurus dengan wang ihsan dan bila dapat sahaja wang ihsan, keutamaan politik Islam Pas ialah ‘Mercedes’ untuk exco,” katanya

BACA:

‘Cari siput dekat laut pun dah tak selamat’, budak 12 tahun maut dibaham buaya

Bayi maut selepas dicium bapa, rupanya ini punca sebenar yang buat ramai terkejut