Bayi maut selepas dicium bapa, rupanya ini punca sebenar yang buat ramai terkejut.
Ciuman dari orang tua bisa menjadi tanda sayangnya kepada buah hati. Namun sebaiknya berhati-hati ketika harus mencium bayi Anda,
terlebih yang baru lahir, lahir prematur atau lahir dengan kondisi lemah. Salah-salah, bukti cinta Anda malah bisa membunuhnya.
Seperti yang terjadi pada Kaiden McCormick, bayi mungil yang meninggal setelah dicium ayahnya sendiri.
Kaiden yang lahir prematur meninggal karena mengalami kegagalan multi organ setelah terinfeksi virus cold sore (oral herpes atau herpes di bibir) yang ditularkan oleh ayahnya lewat ciuman.
TANPA kita sedari, ada bahaya menanti bagi ibu bapa yang membiarkan bayi mereka dicium orang ramai.
Pada hemat kita, ia sudah menjadi perkara biasa. Rakan-rakan dan saudara-mara pastinya tidak dapat menahan ‘geram’ melihat si comel itu sehingga bertindak mencium mereka.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, perbuatan mencium mulut bayi mempunyai risiko tersendiri sehingga boleh membawa maut.
“Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium tapi tolonglah jangan cium kat mulut bayi sebab tu mungkin boleh jadi punca si comel tu pergi buat selama-lamanya,” tulisnya di Twitter.
Dr Ahmad Luqman mengimbas satu peristiwa yang menyaksikan bayi berusia 18 hari meninggal dunia kerana jangkitan herpes.
“Dalam masa dua jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, emaknya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.
Bayi berusia bawah tiga bulan paling berisiko kerana imuniti badan yang sangat rendah. (Gambar Hiasan)
“Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pula bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi.
“Kesian sangat. Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus herpes yang tersebar melalui ciuman,” ujar Dr Ahmad Luqman.
Jelas Dr Ahmad Luqman, tak salah untuk mana-mana individu menzahirkan rasa kasih sayang dan bermanja dengan si cilik itu, namun mereka perlu peka dengan risiko menanti.
Tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian.
“Tak salah kita ni suka sangat kat budak, sayang benar kat anak. Kadang tu punyalah cute dia orang ni sampaikan rasa nak cubit-cubit pipi tembam tu. Nak cium-cium dan tak nak lepaskan sebab best sangat bau baby.
“Tapi kalau kita sengaja cium kat mulut dia, banyak kuman yang terdapat pada mulut berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel tu.
Dr Ahmad Luqman berkata, sebolehnya bayi kecil jangan dibawa ke tempat umum seperti pusat beli-belah dan restoran.
“Pada kita ni, jangkitan seperti virus RSV, penyakit Hand, Mouth and Foot disease, Herpes HSV-1 boleh jadi tak bagi kesan sikit pun.
“Malangnya kalau terjangkit pada baby, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Dr Ahmad Luqman turut membuat beberapa peringatan berhubung cara mengendalikan bayi termausklah menjaga kebersihan diri dan mengelakkan kehadiran tetamu yang sedang tidak sihat.
“Selalu cuci tangan dulu sebelum sentuh bayi dan elakkan cium mulut bayi. Jangan terima pelawat yang tak sihat terutamanya kalau ada yang selsema, demam, batuk, dan sakit badan.
Dr Ahmad Luqman tampil berkongsi kisah melibatkan bayi yang dijangkiti herpes menerusi Twitter miliknya.
“Halang perokok dari datang dekat dengan bayi kita sebab habuk rokok yang melekat dekat badan tu boleh buatkan saluran pernafasan si comel tu meradang dan sesak nafas.
“Kerapkan cuci permainan bayi dengan air dan sabun. Bayi berusia bawah tiga bulanlah paling berisiko sebab imuniti badan dia masih sangat rendah.
“Sebab tu sebolehnya kita jangan bawa dia ke tempat yang ada ramai orang seperti mall, restoran atau pun expo,” jelas doktor yang bertugas di Hopsital Tunku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan.
BACA: