Gadis ini tiba-tiba batalkan perkahwinan pada saat akhir, rupanya kekasihnya seorang lelaki ‘fake’

Oleh INFORAKYAT

Gadis ini tiba-tiba batalkan perkahwinan pada saat akhir, rupanya kekasihnya seorang lelaki ‘fake’.

Nasib seorang wanita bertukar menjadi malang apabila rancangan untuk berkahwin sejak dua tahun lalu tidak diteruskan.

Menurut Mirror UK, hasratnya terbantut apabila rancangan berkahwin dibatalkan setelah menyedari menjalin hubungan dengan individu yang menyamar sebagai lelaki.

Gadis ini tiba-tiba batalkan perkahwinan pada saat akhir, rupanya kekasihnya seorang lelaki 'fake'

Dakwanya lagi, sepanjang menjalin hubungan dengan ‘kekasihnya’, dia sudah dua kali terlanjur melakukan hubungan seks.

Sebelum penipuan tertuduh, Blade Silvano, 40, terbongkar, pasangan ini berkenalan secara dalam talian pada akhir 2016 apabila dia memuat naik statusnya di sebuah ruang mencari teman wanita.

Mangsa yang terkejut hanya mengetahui jantina sebenar ‘kekasihnya’ melalui Facebook dua tahun selepas menjalin hubungan dan pernah menangguhkan perkahwinan yang dirancang kerana ‘penyakit’ defendan.

Terbaharu, Silvano dibicarakan di Mahkamah Mahkota Cambridge dan menafikan dua pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Dalam keterangan, mangsa memberitahu ‘teman lelakinya’ itu menggunakan nama Blade Mendez dan memberitahu polis dia tidak pernah bersetuju untuk melakukan hubungan seksual dengan seorang wanita.

Semasa pemeriksaan balas, mangsa didakwa menafikan keseluruhan hubungan itu adalah sebahagian daripada lakonan dan fantasi antara mereka.

“Saya hanya mengenali Blade sebagai seorang lelaki,” katanya.

BACA:

Suami upah anak saudara bunuh isteri pertama, rupanya ini motif sebenar kejadian

‘Depan anak 3 tahun, suami buat onar’, sekali lain pula yang jadi bila jiran dedah kisah sebenar