Terlibat dengan kes rasuah projek telekomunikasi bernilai RM2 billion, bekas Menteri Kanan ditahan

Oleh INFORAKYAT

Terlibat dengan kes rasuah projek telekomunikasi bernilai RM2 billion, bekas Menteri Kanan ditahan.

Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang menteri kanan semalam kerana terlibat dalam kes rasuah projek telekomunikasi yang mengakibatkan negara kerugian hampir AS$500 juta (RM2.26 bilion).

Tampil memakai jaket merah jambu yang biasa dipakai suspek kes rasuah,

Terlibat dengan kes rasuah projek telekomunikasi bernilai RM2 billion, bekas Menteri Kanan ditahan

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny Gerard Plate disoal siasat berjam-jam di Pejabat Peguam Negara (AGO). Dia kemudian dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah pusat tahanan di Jakarta.

“Berdasarkan siasatan hari ini (semalam), kami mendapati terdapat bukti mencukupi bahawa dia (Plate) terlibat dalam kes rasuah stesen pangkalan pemancar (BTS),” kata Pengarah Siasatan Jenayah Khas AGO, Kuntadi.

Projek BTS diketuai oleh sebuah agensi di bawah kementerian komunikasi dan bermatlamat menyalurkan akses internet 4G ke kawasan pedalaman di serata negara kepulauan tersebut.

AGO tidak memperincikan peranan Plate dalam kes itu atau berapa nilai suapan yang diterimanya kerana siasatan masih berterusan.

Bagaimanapun, penyelewengan itu menyebabkan kerugian keseluruhan berjumlah sekitar AS$500 juta, kata Kuntadi kepada pemberita.

AGO melaporkan bahawa pihaknya mendapati terdapat kecurigaan dalam proses pemerolehan projek itu melibatkan syarikat tempatan dan asing.

AGO sebelum ini menamakan lima suspek lain dalam kes itu termasuk seorang eksekutif sebuah anak syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei.

“Kes ini sangat strategik. Ini adalah program pemerintah untuk penduduk di kawasan paling terpencil dan amat memerlukan infrastruktur BTS,” kata jurucakap AGO, Ketut Sumedana dalam satu sidang akhbar.

Sekiranya didapati bersalah, Plate berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dibawah undang-undang antirasuah Indonesia.

BACA: 

Gara-gara mempolitikkan kegagalan prestasi atler Sukan Sea, Pesuruhjaya Pas Perak ‘disekolahkan’ warganet

“Pecah tabung syiling buat beli nasi, kicap dan maggi”, Wanita ini kongsi pengalaman baru kahwin yang ramai boleh relate