Betul ke kalau orang Melayu pandai berniaga mampu ‘settle’kan masalah perkauman?

Oleh INFORAKYAT

Betul ke kalau orang Melayu pandai berniaga mampu ‘settle’kan masalah perkauman?

Seringkali jika kita memperdebatkan atau membahaskan isu perkauman atau ras di Malaysia.

Kita memberikan jalan penyelsaian dengan memaksa seluruh orang Malaysia memiliki budaya, agama dan bahasa yang sama.

Betul ke kalau orang Melayu pandai berniaga mampu 'settle'kan masalah perkauman?

Begitu juga ada yang menyarankan kepada kita agar menghapuskan sahaja parti politik berasaskan ras dan Kaum. Ada juga turut memberikan solusi dengan kita harus mengikuti Islam yang benar maka segalanya akan hilang.

Namun menurut seorang pakar Bedah Melayu yang progresif yang kini berkelana di Amerika Syarikat Dr Bakri Musa kesemua ini masih belum terbukti keberkesanannya bahkan orang Korea yang berkongsi akan budaya dan warisan yang sama masih ingin bervunuhan sekiranya mereka masih diberikan peluang.

Beliau mencadangkan satu kaedah alternatif yang mampu memupuk ke arah perpaduan tanpa bahasa, budaya mahupun politik iaitu ekonomi!

Orang Melayu harus mengambil peluang akan perdagangan dan perusahaan bebas. Kapitalisme adalah satu bentuk penyelesaian yang berkesan dalam kita berjuang menghadapai masalah perkauman di negara Malaysia.

Menurut beliau, kapitalisme adalah sistem ekonomi yang paling berkesan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan juga agen perubahan sosial dan budaya.

Cuba bayangkan dengan perniagaan orang Malaysia akan memandang antara satu sama lain bukan melalui kaca mata ras dan budaya akan tetapi sebagai pelanggan , rakan niaga dan sumber modal yang secara tidak langsung melahirkan satu perasaan yang damai dan muhibbah.

Pertumbuhan ekonomi juga dapat digalakkan melalui perdagangan dan perniagaan. Dr Bakri juga memetik pandangan daripada Benjamin M Friedman di dalam bukunya The Moral Consequences of Economic Growth yang menyatakan pertumbuhan ekonomi akan memacu kepada toleransi yang tinggi dan juga kedermawanan kepada kekurangan.

Prinsip Kapitalis juga hanya melihat wang tanpa mengira apa ras, asal usul dan budaya anda.

Anda juga boleh melihat sifat asal orang Melayu yang tidak memboikot penjaja runcit hanya kerana mereka adalah Cina akan tetapi akan berbuat demikian sekiranya mereka menjual barangan yang kurang bermutu.

Saya sendiri di kawasan perumahan saya Bandar Tasik Selatan melihat masyarakat Melayu di kawasan saya memboikot kedai runcit melayu dan memberi barangan di kedai runcit Cina apabila melibat sikap peniaga melayu itu yang sombong dan menyakitkan hati.

Dr Bakri turut mengkritik konsep sosialisme. Kita menyatakan idea inilah yang akan meyatupadukan manusia namun dengan melihat negara lain perkara ini masih belum dibuktikan. Kita setuju akan idea elgitarianisme namun bukan kita sama-sama miskin.

Sosialisme juga tidak mampu menghasilkan barangan dan juga minda orang melayu telah mengaitkan sosialis dengan komunisme atheist bergitu jugan dengan sejarah lampau keganasan komunis pada masa darurat.

Jika kita memerhatikan kepada Dasar Ekonomi Baru, objektifnya adalah membawa orang Melayu ke arah Kapitalisme supaya orang melayu boleh memainkan peranan aktif di dalam ekonomi.

Dengan aktifnya keterlibatan orang Melayu di dalam perniagaan dan perdagangan, maka mata kita tidak lagi melihat bukan melayu di Malaysia sebagai imigran akan tetapi sebagai bakal klien dan pelanggan.

Perkara ini adalah satu bentuk yang positif di dalam ras kita. Perkara ini menurut Dr Bakri sudah kita lihat tentang sikap peneroka Felda terhadap orang Cina sekurang-kurangnya di Tanah Besar.

Kita harus melawan sesetengah sikap orang Melayu atau parti Melayu yang masih tertawan dengan sosialisme. Parti Pas contohnya menuduh kapitalisme sebagai bukan islam akan tetapi mereka lupa Nabi SAW adalah pedagang dan kapitalis yang berjaya.

Dr Bakri juga berkata kita seharusnya bersyukur dengan orang melayu yang menerima kapitalis dan pasaran bebas maka melayu tidak lagi merupakan peminggir pasif di dalam ekonomi moden. Hubungan ras juga boleh bertambah baik.

Sebagai contoh jika dahulu terdapat khabar angin bahawa kekurangan bahan utama adalah kesan kenaikkan harga barang dan pnyorokan dikaitkan dengan peruncit Cina yang tamak. Maka dengan bertambahnya bilangan pedagang Melayu, hal ini tidak berlaku lagi.

Lihat juga aroma ras tidak berlaku di dalam krisis ekonomi 1997, kesusahan akibat pemotongan subsidi petrol yang merentas ras. Maka benar menurut Dr Bakri imperatif ekonomi berjaya memecahkan sempadan ras.

BACA:

“Pecah tabung syiling buat beli nasi, kicap dan maggi”, Wanita ini kongsi pengalaman baru kahwin yang ramai boleh relate

Content creator dari US tersasul sebut cendol jadi ‘sendol’, undang komen netizen nasib bukan ‘sondol’