“Tak pernah serik, dia curang entah yang keberapa kali sampailah kemuncaknya diusia 55 tahun, pabila dia buat pengeluaran KWSP”.
Saya Puan Ann, seorang ibu tunggal warga emas yang masih berkerja untuk memenuhi masa lapang dan juga seorang pesara.
Telah kem4tian ibu bapa, cuma menumpang kasih dari anak anak, cucu, abang, kakak dan adik adik.
Rumah tangga saya runtuh setelah saya bina selama 35 tahun. Saya dicurangi seawal 4 tahun perkahwinan.
Kecur4ngan pertama bekas suami saya disaksikan anak sulung saya yang ketika itu berumur 3 tahun.
Waktu itu saya sarat mengandung anak yang kedua. Suami masa tu macam biasalah semestinya tidak mengaku dan mengatakan itu adalah imaginasi anak sahaja.
Selang beberapa minggu perempuan yang juga jiran sebelah rumah datang kepada saya memohon maaf atas keterlanjuranya bersama su4mi saya.
Sehingga sanggup bersumpah bahawa dia beberapa kali berhubung intim dengan su4mi saya sehinggakan tidak pasti anak yang dikandungnya ketika itu adalah anak suaminya atau anak suami saya.
Akhirnya suami saya mengaku dan berkata dengan saya sebab sebab kenapa dia berbuat begitu ialah kerana tidak puas ketika bersama saya. Saya dah tak cantik, dah gemok dan macam macam lagi..
Saya kemudian berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja saya. Saya memberikan kata dua kepadanya. Nak ikut saya, dia kena tinggalkan perangai buruknya atau berpisah sahaja.
Dia memilih untuk bersama saya dengan alasan sayangkan anak.. Ia, dia berubah tapi cuma beberapa tahun.
Saya tangkap dia, kali ni depan mata saya sendiri. Dia di dalam rumah jiran lagi, tapi jiran yang lain lah.
Dengan mata kepala saya sendiri, saya saksikan suami lentok di bahu perempuan itu yang suaminya adalah rakan sekerja saya.
Dia buat bdoh dan ugut saya seandainya berita itu tersebar tahulah apa dia nak lakukan pada saya. Saya turut, takut anak membesar tanpa ayah.
Tidak lama kemudian, dia ditukarkan ke pantai timur. Alangkan depan mata pun boleh cur4ng, apa lagi jauh disana.
Dia scandal lagi, dengan janda sehingga hampir bernikah. Hubungan mereka putus setelah suami saya tamat perkhidmatan dan kembali tinggal sepenuhnya dengan saya dan anak anak.
Pepatah ada menyatakan, anjing kalau dah biasa makan taik, kalau tak makan akan dicium juga.
Dia terus dengan sesi berskandalnya sehinggalah dia ditahan di balai polis atas tuduhan mergol.
Saya lupakan kesengsaraan saya dipukul disepak terajang, saya sedaya upaya untuk melepaskannya dari tuduhan itu.
Satu perbuatan paling bdoh yang saya buat di dalam hidup saya. Tanpa pengetahuan sesiapa, saya menjaminnya dan dia dibebaskan kerana perempuan itu telah berumur 27 tahun. Bukan kategori rgol lagi.
Tidak pernah serik, dia terus cur4ng entah yang keberapa kalinya sehinggalah kemuncaknya diusia dia 55 tahun, apabila dia membuat pengeluaran EPF nya.
Dia berkahwin dengan janda anak 3. Menikah secara sindiket melalui pejabat agama.
Sengsaranya saya ketika itu Allah saja yang tau. Saya mengalami major depresion. Dibawah pengawasan dari PSY sehingga ke hari ini.
Tambah memilukan dapat mertua puaka yang bersifat talam dua muka. Menebar fitnah ke atas saya dan berpihak kepada anak mereka.
Maklumlah anak mereka baru dapat duit banyak. Gelap lah mata. Saya dilarang ke rumah mereka.
Ya Allah, sedihnya… memang wujud sebenarnya mertua puaka.
Pada ketika dia beristeri muda ini lah saya berpisah secara langgar taklik. Tak tau lah nak sedih ke nak suka ke. Anggap saja semua ni telah ditentukan oleh Nya.
Dia juga bercerrai juga dengan isteri mudanya juga sebab kecur4ngannya. Sekarang berkahwin lagi untuk kali ketiga dengan perempuan sebaya saya.
Saya cuma menulis tentang kecur4ngannya. Bukan hal hal lain berkaitan nafkah dan tanggungjawab. Terlalu panjang untuk ditulis sepanjang 35 tahun hidup bersamanya.
Anak anak, mak hanya berdoa agar kita sentiasa bersama walau dalam apa jua keadaan.
Buat anak perempuan mak, drah yang mengalir di dalam badan awak adalah asalnya dari mak awak ini. Sayangilah mak awak ni sementara mak masih ada.
Jangan satu hari nanti awak menangis di atas kubur mak, menyesal atas apa yang awak buat ke atas mak.
Walau mak tak berpelajaran tinggi, tetapi Allah gerakkan. Allah tunjuk tak sampai beberapa jam pun.
Buat bekas suami ku.. Walau awak menafikan semua kecur4ngan yang awak telah lakukan, percayalah, balasan Tuhan itu benar.
Terima kasih sudi membaca dan ambillah ikhtibar dari cerita benar yang saya tempuhi ini.
Berpada pada lah mencurah kasih dan sayang.
Reaksi Warganet
Aririn Estrella –
Garis panduan cuma satu. Kalau suami atau isteri telah berziina, sila berpisah kerana Allah.
Tiada maaf, tiada peluang kedua. Hukum Allah jangan main main.
Nur Hela –
Dari awal cerita kecurangan bekas suami tapi hujung hujung macam nak bagi amaran dekat anak pulak.
Puan kena muhasabah diri ni. Pemberontakan anak tu berkemungkinan berpunca dari trauma anak tu melihat ibu nya dibdohkan selama berdekad dekad. Daddy figure yang diberikan selama ni serupa b4bi perangainya.
Kita kalau hidang tahi jangan nak marah kalau lalat datang.
NuRaz Wan –
Sebenarnya… perempuan yang mmbiarkan diri dia dizalimi, dalam masa yang sama turut menzalimi anak anak, dengan memberi trauma dan kekeliruan pada anak anak
Tentang moral dan attitude orang dewasa. Tentang apa yang patut dipertahankan, tentang bagaimana untuk bertindak bila teraniaya dan bnyak lagi sebab kalau nak disenaraikan..
Nurul Nadhrah –
Jangan salahkan anak anak kalau mereka memperlecehkan puan.
Semuanya berpunca dari tindakan puan yang sayang sangat nak berpisah dengan suami takguna sehingga mengganggu kesihan mental anak juga.
Dalam puan rasa tersiksa, anak anak jauh lebih tersiksa. Malangnya anak anak tak dapat pilih mak bapak mereka, sedangkan puan ada pilihan tapi pilih untuk bertahan untuk sekian lama.
Azhar Firdaus –
Hairan jugak puan boleh simpan laki puan 35 tahun.
Mesti ada banyak juga kebaikan dia buat kat puan sampai puan tak nak leps dia. Mesti ada sebab kenapa laki puan curang.
Nafkah zahir Dan batin pasti dia Jaga sebab Tu puan sabar dengan dia. Anak puan Tu kenapa? Tapi puan kena muhasabah diri juga. Mesti ada sebab kenapa bekas laki puan cari lain.
Tapi puan kena move on. Jangan aibkan bekas laki puan lagi. InsyaAllah lupakan dan berserah padaNya.
BACA:
Pelajar sekolah rendah sedih tiada siapa nak makan ‘potluck’ raya undang sebak netizen
Lelaki warga emas tiba-tiba tak ingat jalan pulang sekali lain pula jadi bila Polis datang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio